Harian Metro

‘MANA NAK TINGGAL’

-

rumah yang dibina sejak 30 tahun lalu akhirnya musnah begitu saja,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Rahana Mohamad, 47, berkata, sepatutnya

Rabu depan mereka akan mengadakan majlis hari jadi anak, namun tidak kesampaian apabila rumah mereka turut musnah dalam kejadian itu. Ketika kejadian, dia sedang bersiap mahu keluar ke bandar untuk membeli barang bagi persiapan majlis hari jadi anaknya.

“Saya baru memakai tudung, tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian itu dan api bermula dari sebuah rumah tidak jauh dari rumah saya.

“Ketika itu, saya mula bimbang kerana api terlalu marak dengan cepat ditambah pula keadaan berangin ketika itu,” katanya.

Rahana berkata, tiada sesiapa di rumah ketika itu kerana suami dan anakanakny­a sedang bekerja.

“Kereta anak lelaki saya diparkir di hadapan rumah hampir terbakar kerana kunci kereta berada di tempat anak saya.

“Saya segera menghubung­inya supaya segera selamatkan kenderaann­ya. Mujur dia sempat pulang sebelum kereta itu berjaya diselamatk­an,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.37 tengah hari.

“Sebaik menerima panggilan, seramai 20 anggota bomba bersama empat jentera penyelamat dikejar ke lokasi kejadian. Api terlalu marak dan merebak dengan pantas disebabkan keadaan jarak rumah yang rapat antara satu sama lain. Rumah di situ juga dibina dengan bahan tidak kekal iaitu kayu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

“Nilai anggaran kerugian yang dialami penduduk juga masih belum dapat dipastikan,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? SAYANG (kanan) membantu suaminya mengangkat tilam.
SAYANG (kanan) membantu suaminya mengangkat tilam.
 ??  ?? KEJADIAN kebakaran di Kampung Sundang Laut, Jalan Batu Sapi.
KEJADIAN kebakaran di Kampung Sundang Laut, Jalan Batu Sapi.
 ??  ?? MOHD Mahirudin menyusun barangan rumah yang diselamatk­an.
MOHD Mahirudin menyusun barangan rumah yang diselamatk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia