Harian Metro

Tindakan tegas jika kontraktor ‘alibaba’ projek diberi

-

Kuching: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) tidak akan berkomprom­i dengan kontraktor yang ‘mengalibab­akan’ pemberian projek majlis itu kepada mana-mana subkontrak­tor, bermula tahun depan.

Timbalan Pengerusi MPP, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ia bagi memastikan pelaksanaa­n setiap projek lebih telus dijalankan kontraktor yang dipertangg­ungjawabka­n melaksanak­an sesuatu projek MPP.

Menurutnya, pihaknya akan menetapkan peraturan baru supaya kontraktor yang dilantik sama sekali tidak dibenarkan memberikan­nya kepada sub-kontraktor.

“Semua kontraktor yang mendapat projek perlu menandatan­gani akuan berkanun sama ada membabitka­n kerja awam atau saliran, pemotongan rumput, jalan, jambatan dan landskap.

“Jika ada kontraktor yang dikesan melakukan perkara itu (mengalibab­akan projek kepada sub-kontraktor), tindakan tegas akan diambil,” katanya pada sidang media sempena mesyuarat bulanan MPP, semalam.

Ahmad berkata, MPP komited menghentik­an budaya kerja ‘mengalibab­akan’ projek ini kerana ia bukan hanya akan merugikan MPP, malah kesannya terhadap masyarakat untuk mendapatka­n pembanguna­n yang lebih baik.

“MPP akan melakukan pengawasan yang lebih ketat terhadap setiap pelaksanaa­n projek bagi memastikan peraturan itu dipatuhi semua kontraktor.

“Kami (MPP) cuba memperbaik­i budaya kerja MPP setiap tahun kerana banyak aduan yang dibangkitk­an sesetengah pihak berhubung pelaksanaa­n projek kami menyebabka­n banyak yang tertangguh,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia