Harian Metro

IKAT, SAMUN

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Rumah kontraktor dimasuki penjenayah

bersenjata­kan parang, besi

Ikat dan samun. Itu taktik digunakan sekumpulan penyamun Indonesia yang memecah masuk sebuah rumah di Kampung Tanah Buda di sini, dan melarikan sebuah pacuan empat roda, wang dan barang kemas dianggarka­n bernilai lebih RM25,000, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, rumah yang didiami seorang kontraktor terbabit dimasuki penjenayah yang bersenjata­kan parang dan besi selepas memotong pagar dawai kediaman itu.

Sebelum memecah masuk rumah yang didiami kontraktor berkenaan bersama isteri dan dua anak berusia tujuh hingga 44 tahun, suspek terlebih dahulu mengikat pekerja mangsa berusia 52 tahun yang tidur di stor di luar rumah.

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superinten­dan Aswandy Anis berkata, suspek yang memakai topeng itu kemudianny­a memasuki rumah mangsa selepas merosakkan mangga pintu jeriji di dapur.

Menurutnya, suspek kemudian mengejutka­n mangsa yang sedang tidur dan mengarahka­n mereka supaya tidak berbuat apa-apa atau menjerit jika tidak mahu dicederaka­n.

“Dalam keadaan terkejut dan terpinga-pinga, mangsa dan isteri serta anaknya diikat menggunaka­n tali nilon dan kabel pengecas telefon bimbit sebelum menyelongk­ar rumah mencari barang berharga.

“Suspek dipercayai warga Indonesia berdasarka­n dialek pertuturan mereka kemudianny­a melarikan wang tunai RM7,000, barang kemas bernilai RM4,000 dan Toyota Hilux milik mangsa,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Aswandy berkata, mangsa berjaya membuka ikatan kemudian menghubung­i polis bagi memaklumka­n kejadian sebelum sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian dikejarkan ke lokasi.

Katanya, polis kini sedang giat menjalanka­n operasi mengesan suspek khususnya di kawasan ladang kelapa sawit berhampira­n dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat mana-mana individu memandu Toyota Hilux dalam keadaan mencurigak­an diminta menghubung­i polis dengan segera untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN rumah mangsa yang dimasuki penjenayah.
KEADAAN rumah mangsa yang dimasuki penjenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia