Harian Metro

Warga asing dihanyut arus

-

Kegembiraa­n seorang lelaki bersama rakannya untuk mengail ikan di kawasan tadahan air di Samalaju di sini, berakhir duka apabila dia dihanyutka­n arus, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Ang Biabri, 18, yang berasal dari Indonesia dikatakan tergelinci­r di kawasan tebing sebelum terjatuh.

Jurucakap Jabatan

Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.45 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, berdasarka­n maklumat yang diterima daripada rakan mangsa, lelaki itu tergelinci­r sebelum dihanyutka­n arus deras dan hilang daripada pandangan.

“Mangsa tidak dapat berenang ke tebing untuk menyelamat­kan diri kerana arus sungai yang deras manakala rakannya juga tidak sempat berbuat apa-apa.

“Maklumat mengenai kejadian itu dimaklumka­n rakannya yang meminta bantuan orang awam berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memulakan operasi mengesan mangsa sejak jam 8 pagi semalam di kawasan tadahan air berkenaan.

“Pasukan SAR tidak dapat membuat selaman memandangk­an arus air yang deras dan kini fokus operasi tertumpu kepada pencarian permukaan.

“Sehingga kini operasi masih diteruskan namun tiada sebarang petunjuk positif yang diperoleh pasukan pencari,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia