Harian Metro

BUAYA MERAYAU

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Penduduk bimbang reptilia berlegar-legar di paya bakau

Difahamkan, buaya itu sering dilihat berjemur dibawah jambatan hingga menyebabka­n penduduk yang tiada bekalan elektrik tidak berani keluar dari rumah pada waktu malam.

Menurut suri rumah, Noraini Pinuh, 28, buaya itu biasanya dilihat waktu petang seolah-olah menunggu mangsa di bawah jambatan yang menghubung­kan laluan utama ke rumahnya.

“Kehadiran buaya itu heboh sejak bulan lalu dan menyebabka­n penduduk tidak berani keluar waktu malam seorang diri. Lebih-lebih lagi apabila kampung kami belum ada bekalan elektrik sejak dibuka lima tahun lalu,” katanya.

Bagaimanap­un, menurut Noraini, sehingga kini belum ada kes membabitka­n kehilangan penduduk atau dibaham buaya.

“Namun, ada penduduk mendakwa haiwan peliharaan mereka seperti kucing dan anjing hilang,” katanya.

Terdahulu, Noraini berkata, dia ternampak buaya itu Rabu lalu dan segera menghubung­i APM.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Kudat, Norman Bigol berkata, seekor anak buaya sepanjang dua meter dengan berat 40 kilogram (kg) ditangkap Rabu lalu.

Katanya, lima anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan jam 8.25 malam daripada penduduk mengenai kehadiran buaya terbabit.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota APM mengambil masa 55 minit menjinakka­n buaya itu sebelum dibawa ke unit daerah untuk tindakan lanjut.

“Buaya itu ditempatka­n di sangkar APM sementara waktu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri,” katanya.

 ??  ?? ANAK buaya sepanjang dua meter ditangkap APM Kudat.
ANAK buaya sepanjang dua meter ditangkap APM Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia