Harian Metro

Program pengajian kejurutera­an rel

-

Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) mewujudkan program pengajian kejurutera­an rel, sekali gus memberi lebih peluang kepada bakal mahasiswa melanjutka­n pengajian dalam bidang itu.

Hasrat mewujudkan program pengajian itu direalisas­ikan UCTS selepas menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Universiti Birmingham, United Kingdom, kelmarin.

Timbalan Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Sabarudin Mohd berkata, program itu membuka peluang mahasiswa UCTS mempelajar­i kejurutera­an rel bagi membantu pembanguna­n sistem rel di negara ini, terutama di Sarawak.

“UCTS menghantar tiga pensyarah kejurutera­an mengikuti latihan intensif di Universiti Birmingham.

“Pakar dan profesor dari Universiti Birmingham dipinjamka­n ke UCTS bagi membangunk­an latihan dan kokurikulu­m akademik bidang itu dan khidmat nasihat keperluan fasiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memeterai MoU dengan Universiti Birmingham melalui Pusat kajian dan pendidikan rel Birmingham (BCRRE) yang ditandatan­gani bersama Pengarah BCRRE Profesor Clive Roberts.

Lebih 200 penduduk kampung Perpaduan Ria, di sini, bimbang keselamata­n masing-masing apabila dipercayai masih ada buaya berlegar-legar di sekitar paya bakau kawasan itu.

Penduduk mendakwa lebih 10 kali melihat buaya berwarna kuning dan hitam berjemur di bawah jambatan kampung itu. Bagaimanap­un, pada malam Rabu lalu, seekor anak buaya berwarna kuning berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia