Harian Metro

Madrasah perlu dana baik pulih bangunan

-

Kota Kinabalu: Persatuan Pengurusan Madrasah Al-Hikmah masih memerlukan dana membaik pulih bangunan sekolah daif yang menempatka­n 500 pelajar.

Jurucakap bahagian pengurusan madrasah terbabit, Amizah Baharudin berkata, pihaknya giat melancarka­n kutipan dana menampung kos keperluan dan kemudahan alat bantu mengajar di madrasah itu.

Amizah berkata, pihaknya menyumbang tenaga mengumpul dana walaupun selepas ditawarkan menerima sumbangan daripada syarikat Buku Popular, semalam.

“Saya menggunaka­n peluang yang ada dengan membina rangkaian dan hubungan baik dengan syarikat itu menyampaik­an hasrat memohon dana.

“Bagaimanap­un, saya tidak menyangka mereka menerima permohonan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui dalam Majlis Penyerahan sumbangan Syarikat Buku Popular dalam Pesta Buku Mega, di sini.

Menurut Amizah, pihaknya menggunaka­n sumbangan yang diberikan itu membeli alat bantu mengajar seperti kerusi, meja dan papan tulis daif digantikan dengan baru menjelang sesi persekolah­an yang bermula awal tahun depan.

“Alhamdulil­lah, kami bersyukur dengan sumbangan RM10,085.79 yang diterima itu mampu menampung sebahagian kos perbelanja­an dan daripada jumlah itu kami gunakan membaik pulih bangunan kelas yang usang,” katanya.

Katanya lagi, dana yang mereka terima itu adalah 10 peratus daripada hasil jualan buku daripada syarikat berkenaan sempena bulan ramadan lalu dalam program membaca, beribadah sambil beramal. Dalam pada itu, Amizah berkata, mereka ada membuat kutipan dana dalam acara kecil-kecilan.

“Ini termasuk majlis amal yang dilakukan ahli keluarga madrasah sendiri serta kelas tambahan kepada pelajar dengan yuran RM15 sebulan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Jualan Syarikat Buku Popular, Chin Pau Choi berkata, pihaknya menganjurk­an program terbabit kali ke empat.

“Kami menganggap program itu sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat dan berusaha membantu pihak yang memerlukan dana,” katanya.

 ??  ?? CHIN menyerahka­n replika cek kepada Amizah di Kota Kinabalu, semalam.
CHIN menyerahka­n replika cek kepada Amizah di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia