Harian Metro

‘EKSPORT’ KETUM

Serbuan pihak berkuasa ke atas penagih dadah di utara Semenanjun­g membongkar kewujudan ladang ketum berskala besar yang hasilnya 'dieksport' ke negara jiran. Satu daripada ladang itu ditanam dengan 1,500 pokok dengan pekerja diupah untuk memetik daun poko

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Jika segi tiga emas di sempadan Thailand, Myanmar dan Laos terkenal dengan penanaman candu, Malaysia tidak kurang hebatnya apabila memiliki puluhan ladang pokok ketum berskala besar.

Malah, dalam beberapa siri serbuan pihak berkuasa, mereka turut menemui tempat memasak daun pokok itu untuk penghasila­n air ketum yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penagih di negara ini.

Penanaman pokok ketum ini dilakukan sindiket secara tersorok di dalam kawasan kebun getah atau belukar jauh dari kediaman penduduk bagi tujuan penyeludup­an.

Aktiviti berkenaan tidak ubah seperti ladang tanaman kontan lain apabila sindiket turut menggaji mandur dan buruh yang ditugaskan memetik daun ketum sebelum diseludup secara besar-besaran terutama ke Thailand.

Kewujudan beberapa ladang ketum ini dibongkar hasil operasi dilakukan pihak polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di beberapa lokasi terutama membabitka­n sekitar Perak.

Dalam operasi dilakukan Pasukan Penguatkua­saan Utama Tindakan Taktikal Khas dan Siasatan (STRIKE) AADK dibantu AADK Perak Tengah baru-baru ini, mereka menemui ladang ketum di Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak.

Sumber berkata, operasi mulanya dilakukan susulan maklumat kewujudan kumpulan penagih dadah tegar berkeliara­n di sekitar Felcra Changkat Lada.

“Pada peringkat awal, pihak AADK berjaya memberkas 20 penagih dadah dan merampas puluhan liter air rebusan ketum di lokasi berkenaan.

“Bagaimanap­un, hasil soal siasat dilakukan pihak STRIKE berjaya membongkar kewujudan tiga ladang ketum berskala besar di Kampung Gajah, Perak.

“Dianggarka­n tidak kurang 1,500 pokok ditanam di ladang itu,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan di lokasi pertama, AADK menemui 100 pokok ketum selain pondok yang dijadikan sarang penagih air ketum berkumpul.

“Manakala dalam pemeriksaa­n di lokasi kedua, pihak AADK menemui ladang ketum dengan anggaran bilangan pokok antara 400 dan 500 batang.

“Malah, hasil siasatan lanjut mendapati wujudnya pekerja khas diupah untuk menjalanka­n tugas memetik daun di ladang berkenaan.

“Pemeriksaa­n lanjut di sepanjang jajaran sungai di Kampung Sungai Badak pula menemui tidak kurang 1,000 pokok ketum dewasa yang sudah boleh dituai.

“Bagaimanap­un, tiada

penjaga dikesan ketika serbuan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, penanaman pokok ketum untuk tujuan penagihan dan penyeludup­an ke negara jiran perlu ditangani secara lebih agresif berikutan dibimbangi bakal menjadi tidak terkawal.

Malah, katanya, kewujudan ladang ketum turut dibongkar pihak polis hasil serbuan dan tangkapan dilakukan di Sungai Siput, Perak sebelum ini.

Kegiatan itu dibongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak melakukan serbuan di sebuah rumah di pedalaman Sauk Plang, Sungai Siput Utara, Perak.

“Hasil serbuan itu, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 31 tahun dan seorang lelaki Orang Asli di sebuah rumah serta pondok.

“Pemeriksaa­n lanjut kemudian menemui cecair ketum siap diproses seberat lebih 21 liter selain beg hitam berisi daun ketum seberat 64 kilogram.

“Polis kemudian menemui beratus pokok ketum ditanam di dalam ladang getah berhampira­n rumah suspek. Polis yakin suspek wanita yang menjadi pengedar air ketum itu menanam pokok berkenaan manakala lelaki Orang Asli itu diupah sebagai tukang masak air rebusan daun ketum.

“Polis turut menyiasat identiti seorang wanita dikenali sebagai Kak Ton yang turut memilik ladang pokok ketum di kawasan pedalaman Seberang Perak, Teluk Intan, Perak,” katanya.

Difahamkan, hukuman ringan bagi peniaga air ketum iaitu denda RM10,000 atau penjara empat tahun mengikut Seksyen 30(3), Akta Racun 1952 menyebabka­n kegiatan itu kian berleluasa selain permintaan meningkat dari penagih di negara jiran.

Isu membabitka­n kewujudan ladang ketum haram bukan isu picisan berikutan kakitangan Jabatan Perhutanan negeri Kedah turut menemui ladang ketum haram diusahakan peneroka haram di dalam hutan simpan kekal Bukit Perangin, Jitra, April lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LADANG ketum yang ditemui di utara tanah air.
LADANG ketum yang ditemui di utara tanah air.
 ??  ?? SUSPEK wanita yang dikenali Kak Ton ditahan untuk siasatan.
SUSPEK wanita yang dikenali Kak Ton ditahan untuk siasatan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia