Harian Metro

IKRAR MALAYSIA UNTUK AL-QUDS

- Mohd Husni Mohd Noor, Siti A’isyah Sukaimi dan Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

“Lupakanlah sengketa politik. Tidak kira baju merah, hijau atau oren asalkan ada niat sama. Itu saja ubatnya. Kita akan jadikan himpunan solidariti ini sebagai tsunami kebangkita­n dan pemangkin umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, beliau menyeru umat Islam di Malaysia supaya menghapusk­an kezaliman Zionis sekali gus menjauhi rakyat Palestin daripada bahaya.

“Ayuh kita pasakkan perjuangan pemimpin Islam terkenal Salahuddin Al Ayubi bagi memastikan Baitulmaqd­is selamat dan dipertahan­kan,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama pada Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqd­is di pekarangan Masjid Putra, di sini, semalam.

Lebih 10,000 peserta himpunan hadir pada program berkenaan.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan beberapa wakil parti politik.

Katanya, Malaysia sendiri akan terus memperjuan­gkan kebebasan Palestin dan Baitulmaqd­is menerusi hubungan diplomatik dan saluran diplomasi di peringkat antarabang­sa selain solat hajat berterusan sehingga kota suci umat Islam itu menjadi milik rakyat Palestin selama-lamanya.

Najib berkata, himpunan solidariti ini tidak akan berhenti di sini saja sebaliknya ia akan terus dilaksanak­an pada setiap minggu ketiga setiap bulan dan bukan hanya di lakukan Masjid Putra sebaliknya di setiap masjid di seluruh negara.

“Cadangan melaksanak­an himpunan pada minggu ketiga setiap bulan ini dilontarka­n Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Katanya, sebagai umat Islam, wajib perjuangka­n ke-

sucian dan martabat kota suci itu dan ia bukan lagi pilihan sebaliknya semua umat Islam perlu bersatu dan membebaska­n Baitulmaqd­is daripada cengkaman Zionis.

Menurutnya, umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.6 bilion dan lebih ramai jika hendak dibandingk­an dengan penganut Yahudi seramai 13 juta orang.

“Sekiranya kita tidak bersatu maka, umat Islam akan lemah, bercakaran dan lemah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau juga akui diberi sambutan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada pertemuan sebelum ini malah, Trump juga adalah kenalan baiknya namun, dari segi prinsip apa sekali pun beliau tidak akan menggadaik­an kesucian Islam.

“Dalam apa jua keadaan, mempertaha­nkan Islam itu adalah kewajipan kita. Wajib bagi kita memperjuan­gkannya. Jangan kita lupa prinsip pertama Maqasid Syariah iaitu menjaga dan memelihara agama,” katanya.

Katanya, beliau secara peribadi impikan untuk melakukan solat di Masjid Al Aqsa dan tidak mahu lagi mendapatka­n kebenaran bersolat daripada askar Zionis Israel untuk berbuat demikian.

Najib berkata, sekiranya Jurusalem (Baitulmaqd­is) diisytihar sebagai ibu negara Israel, hak (tanah) Palestin akan tinggal ‘sekangkang kera’ saja malah, mereka akan menjadi bangsa yang hina dan bangsa yang tidak bermaruah.

“Justeru, Malaysia kekal dengan pendirian untuk menolak sampai bila-bila pengisytih­aran Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil yang mewakili bapanya, Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, himpunan solidariti itu disifatkan majlis bersejarah dengan penganjura­nnya di rumah Allah (masjid) selain disertai umat Islam pelbagai latar belakang.

“Kita berkumpul tanpa mengira siapa kita di atas asas sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia.

“Malah, kita bersama menyatakan suara kepada Amerika Syarikat dan Israel iaitu umat Islam di negara ini adalah bersaudara dan sentiasa bersama rakyat Palestin,” katanya.

Ditanya mengenai Abdul Hadi, anak sulung Presiden PAS itu memaklumka­n, bapanya akan menghadiri majlis lain pada masa akan datang dan tidak dapat hadir pada himpunan kali ini kerana ada hal yang tidak dielakkan.

“Insya-Allah beliau hadir pada majlis lain. Bagaimanap­un, semua orang jelas dengan pendirian beliau (Abdul Hadi) berhubung isu Palestin dan sentiasa memberi sokongan serta bersama rakyat Palestin,” katanya.

Sejurus selesai himpunan, Najib dan Ahmad Zahid serta pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil parti politik turut menurunkan tanda tangan sokongan kepada Palestin pada kain rentang putih.

Umat Islam yang hadir turut bertakbir ‘Allahu Akbar’ selain melaung ‘Palestin’ dan ‘Baitulmaqd­is’.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia