Harian Metro

PELUKIS SEBELAH MATA, TANGAN

Suami isteri berstatus OKU berkarya sebagai sumber pendapatan

- Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Kekurangan yang ada pada diri bagi pasangan suami isteri cacat penglihata­n dan lumpuh sebelah tubuh tidak pernah menghalang mereka berkarya dalam bidang seni lukis, sekali gus menjadi sumber pendapatan utama.

Status orang kurang upaya (OKU) penglihata­n iaitu hanya sebelah mata boleh melihat tidak mematahkan semangat Nor Baiti Razali, 35, begitu juga dengan suaminya, Md Norazwari Md Yusof, 35, yang lumpuh sebelah kanan tubuh akibat angin ahmar.

Nor Baiti berkata, dia mula melukis sejak 2013 selepas suaminya diserang angin ahmar yang sekali gus menyebabka­n punca pendapatan mereka terjejas apabila Md Norazwari yang pada ketika itu bertugas di bahagian teknologi maklumat sebuah syarikat swasta hilang upaya bekerja.

“Pada awalnya kucing saya yang dinamakan Kiki menjadi sumber inspirasi dalam setiap lukisan yang dihasilkan dan dimuat naik ke Instagram sebelum mendapat perhatian peminat kucing termasuk dari United Kingdom, Itali, Kanada dan Singapura.

“Ada rakan mencadangk­an menubuhkan dana bagi membantu rawatan suami dengan menjual hasil lukisan kucing kerana ada ramai yang minat dengan lukisan berkonsepk­an haiwan.

“Alhamdulil­lah, lukisan dan dana itu mampu menampung kos rawatan suami yang koma dua hari dan mengambil masa enam bulan untuk kembali berjalan,” katanya yang buta sebelah mata kanan akibat salur darah di bahagian matanya pecah dan tidak boleh diselamatk­an.

Bagi Md Norazwari, bukan mudah baginya untuk melukis pada permulaan kerana sehingga kini tangan kanannya masih belum kuat selain pergerakan yang perlahan dan sukar untuk bertutur.

Katanya yang belum dikurniaka­n cahaya mata itu, pada permulaan, dia memerlukan masa sehingga lapan jam bagi menghasilk­an lukisan.

“Saya tidak pernah melukis sebelum ini. Allah Maha Adil kerana selepas saya hilang upaya bekerja akibat angin ahmar, Dia berikan bakat melukis.

“Bagi saya, lukisan abstrak ini jiwa saya dan sebagai terapi untuk saya lebih kuat semangat. Bukan mudah untuk saya yang dahulunya normal menerima hakikat bahawa kini saya OKU.

“Selama enam bulan sebelum boleh berjalan saya menghadapi tekanan hidup.

“Alhamdulil­lah isteri banyak memberi sokongan dan dorongan, saya juga banyak melihat video orang yang lebih teruk keadaannya daripada saya tetapi mereka boleh meneruskan kehidupan seharian,” kata pemegang diploma dalam bidang elektrik dan elektronik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menurut Md Norazwari, lukisan yang dihasilkan lebih kepada abstrak dengan kaitan alam semula jadi yang dihasilkan berinspira­sikan muzik tenang yang didengarny­a ketika berkarya.

“Saya melukis bagi mencari pendapatan. Bagi lukisan potret, isteri akan lukis kerana tangan saya masih belum pulih dan bergetar.

“Oleh kerana ini adalah pendapatan kami untuk meneruskan kehidupan, kami pelbagaika­n konsep lukisan atas kertas, kanvas, tudung, selendang dan juga botol.

“Isteri juga membuat kerja sampingan dengan menjadi guru tuisyen Bahasa

Inggeris kepada dua murid sekolah,” katanya yang menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM) RM350 setiap seorang.

Tudung yang dilukis pasangan berkenaan dijual pada harga RM40 hingga RM150 manakala lukisan dijual RM150 hingga

RM3,000.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia