Harian Metro

BASMI PENGGANAS

 20 suspek berprofil tinggi ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Seramai 20 suspek pengganas dianggap berprofil tinggi di peringkat antarabang­sa berjaya ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas (E8) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan ada antara suspek ditahan pernah terbabit dalam insiden pengeboman di Bandung, Indonesia, Julai lalu, selain ada juga suspek yang terbabit merancang serangan acara beer festival di ibu negara baru-baru ini.

Malah seorang suspek warga Filipina yang ditahan PDRM turut disyaki mempunyai hubungan persaudara­an dengan pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf di Filipina.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek ditahan antara 30 November hingga 15 Disember lalu di sekitar ibu kota, Johor, Selangor dan

Sabah.

Menurutnya, suspek membabitka­n tujuh lelaki tempatan, tujuh lelaki Filipina, lima lelaki Indonesia dan seorang lelaki berasal dari Utara Afrika.

“Tangkapan pertama membabitka­n lelaki warga Indonesia berusia 24 tahun disyaki antara pemimpin kanan kumpulan Jamaah Ansharut Daulah (JAD). Dia ditahan pada 30 November di Pontian, Johor.

“Lelaki ini merancang mengumpul dana di Malaysia sebelum berlepas ke Syria untuk menyertai militan Daish. Suspek juga terbabit dalam insiden pengeboman di Bandung, Indonesia pada Julai lalu sebelum menyusup masuk ke Malaysia bagi mengelak ditahan pihak berkuasa Indonesia,” katanya,

Beliau berkata, seorang bekas guru sekolah rendah di Kuching, Sarawak, dipercayai ahli kumpulan WhatsApp The

Rise of Jundullah turut ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 Disember lalu.

“Suspek pernah merancang serangan ke atas acara The Better Beer Festival 2017

“Empat lelaki warga Indonesia berusia 31 hingga 38 tahun yang masuk ke negara ini secara haram disyaki merancang untuk menyusup ke Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas di Syria ditahan di Sandakan, Sabah, pada 4 Disember.

“Tangkapan keempat dilakukan di ibu kota pada 6 Oktober lalu membabitka­n seorang lelaki warga Filipina berusia 50 tahun yang mempunyai hubungan persaudara­an dengan pemimpin tertinggi Abu Sayyaf selain disyaki merekrut warga Filipina di sekitar Kepong untuk menyertai pengganas di Selatan Filipina,” katanya.

Beliau berkata, seramai enam lelaki tempatan dan lima lelaki Filipina berusia 16 hingga 47 tahun yang merancang menyertai pengganas di Selatan Filipina ditahan di

Sandakan, Sabah, pada 10

Disember.

“Pada hari sama, lelaki warga Filipina yang dikehendak­i pihak berkuasa Filipina kerana terbabit dalam kegiatan keganasan di negara berkenaan ditahan di Masai, Johor.

“Manakala pada 15 Disember lalu, lelaki Afrika berusia 31 tahun ditahan di KLIA. Suspek disyaki terbabit dengan pengganas di Iraq dan Syria dan pernah ditahan pihak berkuasa Turki pada September tahun lalu,” katanya.

Menurut beliau, semua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIA- iaitu kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia