Harian Metro

Ugutan nak buka aib

 Jurujual gertak sebar gambar bogel bekas kekasih didenda RM5,000

- Sarah Zulkifli am@hmetro.com.my

Seorang jurujual komponen kereta dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, semalam, atas pertuduhan mengugut ingin menyebarka­n gambar bogel bekas kekasihnya awal bulan lalu.

Majistret Firdaus Sadina Ali menjatuhka­n hukuman itu terhadap Wan Hairuzriza­l Wan Habib, 38, selepas dia mengaku bersalah sebaik tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengugut mahu menyebarka­n gambar bogel bekas teman wanitanya yang berusia 36 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominiu­m di Bukit Antarabang­sa, di sini, pada 6.30 pagi, 5 November lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menyesal atas perbuatann­ya dan tidak akan mengulangi­nya pada masa akan datang.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang datang ke mahkamah dengan bersut hitam lengkap menghubung­i mangsa yang juga janda anak empat melalui aplikasi WhatsApp dengan cara menghantar beberapa keping gambar bogel milik mangsa.

Tertuduh kemudian memaksa mangsa untuk membalas kembali mesej itu atau dia akan menyebarka­n gambar bogel wanita berkenaan.

Mangsa kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di balai polis berhampira­n.

 ??  ?? WAN Hairuzriza­l
WAN Hairuzriza­l

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia