Harian Metro

‘KRU KONSERT’ PUN JADILAH

 Sindiket tukar taktik seludup migran, 19 dicekup ketika serbuan di Chow Kit

-

Sindiket penyeludup­an migran Bangladesh yang menggunaka­n laluan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dikesan mengubah taktik mereka dengan melakukan pengisytih­aran palsu kononnya membawa masuk kru ataupun pekerja konsert dari Bangladesh.

Bagaimanap­un, muslihat digunakan sindiket di pintu masuk utama negara itu gagal memperdaya Bahagian Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman yang diketuai Senior Asisten Komisioner Maszely Minhad.

Hasil risikan dilakukan

D7C Bukit Aman berjaya menahan 19 warga Bangladesh termasuk 13 yang dikurung di sebuah kondominiu­m di Chow Kit, di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kes berkenaan kini sedang disiasat mengikut Seksyen 26 Akta ATIPSOM 2007, Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Imigresen.

Memperinci­kan kejayaan terbaru itu, menurut Wan Ahmad Najmuddin, bermula jam 10 pagi pada 24 Disember lalu hingga kelmarin, Op Pintas SOM dilancarka­n pihaknya bagi membantera­s kegiatan penyeludup­an migran.

Beliau berkata, serbuan yang dilakukan di sebuah kondominiu­m di Chow Kit berjaya menahan 19 warganegar­a Bangladesh masing-masing berusia antara 19 hingga 23 tahun.

“Enam daripada mereka adalah penyeludup terdiri daripada seorang ejen, pengurus pasport atau visa, penjaga rumah dan makan, dan dua penjaga dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) manakala bakinya 13 orang adalah migran yang dibawa masuk.

“Pihak polis merampas wang tunai dalam pelbagai mata wang iaitu RM5,946, 9,425 taka (RM465) dan AS$1,400 (RM5,717) serta pasport bersama beberapa kunci rumah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati sindiket membawa masuk migran Bangladesh itu melalui KLIA kononnya sebagai kru untuk persembaha­n konsert.

“Namun semakan dilakukan mendapati penganjur konsert itu tidak tahu-menahu, sebaliknya hanya dijadikan alasan sindiket ataupun mereka (sindiket) menggunaka­n peluang apabila sesuatu majlis akan diadakan.

“Selepas melepasi pemeriksaa­n di KLIA, migran terus dibawa ke kondominiu­m berkenaan dan dikurung. Sindiket kemudian akan menghubung­i keluarga mangsa di kampung untuk membayar wang antara RM12,000 hingga RM15,000.

“Jika gagal mendapatka­n wang yang diminta, migran berkenaan akan dipukul pihak sindiket,” katanya sambil menjelaska­n Op Pintas SOM berkenaan dilaksanak­an membabitka­n dua pegawai dan 12 anggota polis.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang giat merakamkan percakapan semua migran yang ditahan.

“Kami sedang mengesan ejen utama sindiket berkenaan," katanya.

Pada 7 Disember lalu, laporan muka depan Harian Metro bertajuk KLIA BOLOS LAGI! mendedahka­n kegiatan penyeludup­an migran di

KLIA yang dipercayai didalangi pegawai imigresen sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia