Harian Metro

‘Hanya ini bakti buat ayah’

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Sukarelawa­n kemas rumah warga emas terlantar sakit

“Penat macam mana pun, saya mesti lari jenguk ayah sekejap sebab dia amanah dan tanggungja­wab saya,” kata M Azren, 45, anak sulung kepada warga emas yang hidup sendirian sejak lebih 30 tahun lalu.

Menurut Azren, bapanya, Abdul Moulud Hussin, 70, menetap sendirian di rumah yang terletak di Kampung Sesapan Batu Minangkaba­u, di sini manakala mereka tiga beradik yang sudah berumah tangga tinggal berasingan.

“Balik kerja saja, inilah tempat pertama saya tuju, isteri pun sudah faham.

“Biasanya saya akan uruskan keperluan ayah termasuk membelikan makanan, membasuh pinggan mangkuk dan mengangkat air di sungai.

“Dulu sebelum terlantar dia boleh mandi sendiri, tapi sekarang hanya dilap dengan tuala basah,” katanya ketika ditemui pada program gotong-royong amal Pertubuhan Gagasan Prihatin Semenyih (GPS) dan Persatuan Bomba Sukarela Beranang di rumah bapanya, di sini.

Sampah-sarap dan barangan tidak terpakai sejak lebih tiga tahun lalu itu antaranya plastik, akhbar lama, botol plastik, tilam dan bantal buruk, meja uzur dan pakaian dibuang menggunaka­n lori muatan satu tan milik penduduk kampung.

Menurutnya, dia pernah menyuaraka­n hasrat mengemas rumah berkenaan namun bapanya enggan barangan berkenaan dialihkan hingga lama-kelamaan menjadi timbunan sampah.

“Bukan saya tak mahu membawa ayah menetap bersama, tetapi saya sudah berkeluarg­a dan tinggal bersama ibu mentua di Kampung Paya.

“Sebagai anak, hanya inilah saja mampu saya lakukan buat ayah memandangk­an saya bukan orang senang, malah demi menghormat­i permintaan­nya, tak pernah sekalipun saya berani mengusik baranganny­a di rumah ini.

“Saya juga pernah banyak kali ajak ayah pergi hospital, namun dia enggan kerana seumur hidupnya memang tak pernah ke hospital,” katanya yang bekerja sebagai pemotong rumput di Nilai, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Abdul Moulud berkata, ketiadaan masa dan keupayaan membuatkan dia tidak mampu mengemas rumah sendirian hingga mengakibat­kan rumah itu semakin hari menjadi timbunan sampah.

“Dulu saya sibuk cari rezeki dari pagi sampai malam. Kini, apabila terlantar, saya tidak larat.

“Saya lega dan terharu lihat rumah ini kembali bersih dan berseri. Terima kasih kepada penduduk kampung dan GPS yang membantu mengemas dan membersihk­an rumah ini,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia berniaga kelapa dan anak benih sayuran secara kecil-kecilan di Jalan Besar di sini sejak 2015 untuk menyara hidupnya selepas berhenti bekerja dengan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya dan bekas isteri bercerai hidup sejak puluhan tahun lalu. Semua anak saya membesar bersamanya.

“Bagi menyara hidup, setiap hari saya berulang sejauh 2 kilometer (km) dengan motosikal untuk berniaga dengan pendapatan sehari tidak menentu antara RM20 hingga RM30 sehari kadangkala langsung tiada,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Maulod terlantar di rumahnya kerana sakit tua. PENGERUSI GPS, Azman Ahmad (dua dari kanan) bersama ahlinya bergotong-royong membersihk­an rumah Abdul Maulod.
AZRIN menyuapkan durian kepada ayahnya, Abdul Maulod.
AHLI GPS bergotong-royong membersihk­an rumah.
ABDUL Maulod terlantar di rumahnya kerana sakit tua. PENGERUSI GPS, Azman Ahmad (dua dari kanan) bersama ahlinya bergotong-royong membersihk­an rumah Abdul Maulod. AZRIN menyuapkan durian kepada ayahnya, Abdul Maulod. AHLI GPS bergotong-royong membersihk­an rumah.
 ?? M Azren ?? Balik kerja saja, inilah tempat pertama saya tuju, isteri pun sudah faham”
M Azren Balik kerja saja, inilah tempat pertama saya tuju, isteri pun sudah faham”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia