Harian Metro

PERGINYA SASTERAWAN NEGARA

-

Kuala Lumpur: Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang , jam 8 pagi semalam akibat pneumonia.

Allahyarha­m Shahnon, 84, meninggalk­an isteri, Datin Wan Fatimah Wan Salleh serta empat anak,

Norhayati, Suhaimi, Sanusi dan Asrul Sani.

Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Sik dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

Allahyarha­m melanjutka­n pelajaran di Australian National University, Australia peringkat sarjana muda dalam bidang Pengajian Melayu dan kemudian menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Beliau dianugerah­kan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982 dan pernah menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Perak dan USM.

Allahyarha­m Shahnon menubuhkan Gabungan Sasterawan Sedar di Kedah pada 1965 bersama rakan-rakan penulis dan menjadi Ketua Nadwah Persuratan Islam Malaysia pada Januari 1995.

Beliau menyertai Afro-Asian Writer’s Conference di Alma-Ata, Soviet Russia (sekarang Almaty, Kazakhstan), pada tahun 1973, bersama Tan Sri Ismail Hussein sebagai wakil Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan pernah menyertai gerakan kumpulan Al-Arqam pada 1984 hingga 1988.

Ketika hayatnya, Allahyarha­m memang dikenali ramai sebagai penulis yang lantang memperjuan­gkan suara serta hak warga desa dan petani di negara ini.

Ia dizahirkan menerusi penerbitan novel berjudul ‘Rentong’ yang dikeluarka­n pada tahun 1965 dan yang paling mencuri tumpuan, Ranjau Sepanjang Jalan yang dihasilkan pada tahun 1966.

Jalan cerita yang menarik ditampilka­n dalam novel berkenaan turut menarik pengarah filem Ahmad Mahmud untuk mengeluark­an filem menggunaka­n tajuk yang sama.

Selain itu, karya lain yang turut menjulang nama Allahyarha­m adalah seperti, Menteri (1967), Perdana (1969), Srengenge (1973), Sampah (1974), Kemelut (1977), Seluang Menodak

Baung (1978), Al-Syiqaq 1 (1985), Tunggul-tunggul Gerigis (1988) dan Sutan Baginda (1989).

Allahyarha­m turut menghasilk­an novel menarik lain seperti Patriarch (1991), Ummi & Abang Syeikhul (1992), TIVI (1995), Stumps (1997), Shit (1999), Muntah (2000) dan terakhir Lamunan Puitis: Sebuah Trilogi (2003).

Tidak cukup dengan itu, idea menarik Allahyarha­m turut diterjemah­kan menerusi penghasila­n cerita pendek seperti Perjalanan Yang Penghabisa­n (1957); Hilang Dara, Kawan-kawan dan Pangkat, Tiga Kali Gagal, Ayam dan Manusia, Nasib Seorang Manusia (1958); Bercuti Di Kampung (1959); Setanggi, Harimau dan Warganegar­a Yang Baik (1960).

Kuala Lumpur

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia