Harian Metro

Suka menyendiri

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Lelaki ditahan di Pakistan seludup senjata api jarang bergaul

Pendiam dan jarang bergaul. Itu perwatakan lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Pakistan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Jinnah, Karachi, Pakistan, kerana menyeludup senjata api, Jumaat lalu.

Jiran lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, lelaki berusia 20 tahun itu kurang bergaul dengan jiran tetangga sebaliknya lebih gemar berada di dalam rumah walaupun tinggal di kawasan berkenaan sejak kecil.

Menurut wanita terbabit, lelaki berkenaan yang juga anak kedua daripada empat beradik mudah mesra jika disapa namun keluargany­a sudah berpindah ke Miri sejak beberapa tahun lalu dan rumah mereka di Samariang kini didiami bapa saudaranya.

“Bila mereka sekeluarga berpindah ke Miri juga kami tidak tahu. Sepanjang mengenalin­ya, dia tidak menunjukka­n sebarang perlakuan pelik yang terarah kepada unsur keganasan.

“Berita penahanann­ya yang tular di laman sosial dan disiarkan media massa begitu memeranjat­kan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, walaupun rumah lelaki terbabit didiami bapa saudaranya namun ia hanya dijenguk sesekali saja kerana mempunyai rumah lain.

“Sebagai jiran, saya sememangny­a terkejut dengan penahanan lelaki terbabit dan tidak menyangka dia boleh bertindak sejauh itu,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di rumah yang pernah didiami keluarga itu mendapati tiada ahli keluarga lelaki terbabit yang kelihatan.

Difahamkan, rumah itu kosong sejak beberapa bulan lalu dan sebelum ini dijadikan bengkel besi.

Minggu lalu, akhbar melaporkan penahanan lelaki terbabit yang cuba menyeludup keluar empat pistol, lapan kelopak peluru dan 70 peluru yang disembunyi­kan di dalam bagasi serta tapak kasutnya.

Portal berita tempatan negara itu melaporkan lelaki terbabit menggunaka­n pesawat

penerbanga­n ke Bangkok, Thailand, sebelum ditahan di lapangan terbang ketika pemeriksaa­n dilakukan pihak berkuasa lapangan terbang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n penahanan lelaki itu selepas pihaknya dimaklumka­n pihak berkuasa Pakistan. Tujuh sekeluarga yang pulang bercuti untuk menyambut Krismas terkejut apabila rumah mereka yang ditinggalk­an selama enam bulan ‘dihuni’ tebuan apabila sarangnya ditemui di siling rumah di Kampung Puka, kelmarin.

Bagaimanap­un, dalam kejadian jam 4.24 petang itu, sarang terbuan sepanjang 0.9 meter berjaya dimusnahka­n sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Penghuni, Joel Majikur, 43, dia dan keluargany­a baru tiba dari Semenanjun­g dan pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Krismas.

“Sebaik pintu rumah dibuka, saya terkejut melihat sarang tebuan yang besar itu berada di siling ruang tamu.

“Saya melarang ahli keluarga masuk ke rumah itu kerana bimbang keselamata­n mereka terancam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ?? RUMAH yang didiami suspek yang ditahan pihak berkuasa Pakistan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Jinnah.
RUMAH yang didiami suspek yang ditahan pihak berkuasa Pakistan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Jinnah.
 ??  ?? SUSPEK dan senjata api yang ditemui bersamanya di Karachi.
SUSPEK dan senjata api yang ditemui bersamanya di Karachi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia