Harian Metro

Dah tak tahan lagi!

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan @hmetro.com.my

 Bekas Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa buat laporan

polis terhadap individu burukkan namanya di FB

Kuala Lumpur: Anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mendedahka­n sudah berpisah dengan Mohd Firdaus Hajar awal November lalu.

Mimi ketika dihubungi Harian Metro mengakui reda apabila rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan selama dua tahun.

“Salah satu sebab kami bernikah adalah kerana mahu memenuhi permintaan arwah ayah yang mahu melihat anak perempuan sulungnya berumah tangga. Selepas 13 hari saya berkahwin, bapa meninggal dunia.

“Saya sudah tunaikan pemintaan ayah namun selepas itu banyak petanda menunjukka­n tiada keserasian di antara saya dan bekas suami. Kami cuba bertahan demi ayah tetapi akhirya berpisah juga,” katanya.

Menurut Mimi, sejak tidak tinggal sebumbung awal Oktober lalu mereka gagal mencari jalan penyelesai­an dan dia terpaksa memfailkan perceraian.

“Terlalu banyak hal berlaku sehingga kami buntu untuk menyelamat­kan perkahwina­n ini. Tambahan pula, komunikasi antara kami semakin hambar.

Berikutan kecewa namanya diperkotak-katikkan di laman sosial Facebook, penyanyi Uchop Ahmad, 33, tampil membuat laporan polis terhadap individu yang dikenaliny­a.

Bekas juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada 2012 itu berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian apabila individu itu berterusan memburuk-burukkan namanya.

“Ketika menjayakan konsert Wings And Superfrien­ds di Istana Budaya pada Mac lalu, individu ini menyatakan hasrat mahu bekerjasam­a menghasilk­an produk rambut serta baju menggunaka­n nama saya.

“Saya bersetuju kerana ingin membantuny­a dan tidak minta bayaran biarpun dia menggunaka­n wajah saya pada produk,” katanya.

Uchop bagaimanap­un mengakui terkejut apabila mendapati kualiti produk itu agak teruk sedangkan ia dijual dengan harga agak tinggi.

“Perjanjian ini dibuat secara lisan dan hanya berdasarka­n kepercayaa­n. Apabila melihat produk ini, saya nampak ia sukar dijual.

“Saya lihat pergerakan­nya dari awal pun sudah mencurigak­an. Ada juga saya bagi idea tapi langsung tidak diterima individu ini. Sejak itu saya tidak lagi beri sebarang pendapat,” katanya.

Menurut Uchop, keadaan semakin meruncing apabila individu itu memintanya membayar kerugian yang dialami.

“Sepatutnya dia yang bayar saya tetapi sudah terbalik. Dia minta saya bayar jumlah yang agak tinggi. Rupa-rupanya Lola XPDC dan Tom Mystarz LG juga pernah berdepan situasi serupa dengan individu ini.

“Apabila saya tidak melayan permintaan itu, dia bertindak memburuk-burukkan nama saya di Facebook miliknya,” kata Uchop.

Individu itu dikatakan cuba memutarbel­itkan cerita dengan mendakwa Uchop berhutang dengannya.

“Sudah banyak kali saya terkena dengan individu begini. Mereka menggunaka­n nama dan wajah saya tetapi akhirnya saya yang diperbodoh­kan.

“Selepas ini saya serik membantu orang lagi. Sekiranya sesiapa nak bekerjasam­a mesti ada perjanjian hitam putih bagi mengelakka­n perkara berbangkit,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, Selangor.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia