Harian Metro

Remaja maut motosikal ditunggang langgar kereta buat pusingan U Rempuh bas

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@ mediaprima.com my

Seorang remaja meninggal dunia selepas Yamaha 125Z ditunggang­nya melanggar Perodua Kancil yang mahu membuat pusingan U di Jalan Simpang Morib, jam 11.05 malam kelmarin.

Muhammad Fahmi Hakimi Baharuddin, 18, meninggal dunia di lokasi akibat parah di badan.

Rakan mangsa berusia 16 tahun yang membonceng motosikal itu cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superinten­dan Azizan Tukiman berkata, mangsa gagal mengelak sebelum melanggar bahagian tepi Perodua Kancil terbabit.

Seorang pemuda maut selepas Proton Wira dipandunya merempuh belakang sebuah bas diparkir di bahu jalan di Kampung Padang Kamunting, Masjid Tanah di sini, jam 6.45 pagi, semalam.

Akibat tempuhan itu, mangsa Mohd Ridzuan Jantan, 27, tersepit di tempat duduk pemandu menyebabka­n polis meminta bantuan bomba bagi membantu mengeluark­an mayatnya.

Difahamkan sepasukan anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluark­an mangsa yang ketika itu sudah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik negeri, Superinten­dan Mohd Sham Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa memandu seorang diri dari Pengkalan Balak menghala ke Kampung Padang Kamunting.

“Hasil siasatan awal, kami percaya kemalangan berlaku selepas mangsa gagal mengawal Proton Wira dipandu lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh belakang bas terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dan mayatnya kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk mengenal pasti punca sebenar kematianny­a,” katanya.

Mohd Sham berkata, saksi kejadian diminta tampil bagi membantu pihaknya melengkapk­an siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 Pemuda maut kereta langgar kenderaan berhenti

 ??  ??
 ??  ?? BAS yang diparkir di bahu jalan dirempuh kereta.
BAS yang diparkir di bahu jalan dirempuh kereta.
 ??  ?? KEADAAN kereta yang remuk selepas merempuh bas.
KEADAAN kereta yang remuk selepas merempuh bas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia