Harian Metro

Perkasa usahawan PKS

-

 Program mentor anjuran Ekuinas bantu kendali bisnes secara sistematik

dan pelan tindakan yang direka khusus untuk mencungkil potensi usahawan mikro dan PKS.

“Program ini adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Ekuinas dan tahun ini, kami menerima permohonan 30 syarikat yang berminat untuk menyertain­ya.

“Namun kami memilih dua syarikat yang stabil dan menunjukka­n prestasi kewangan yang konsisten,” katanya.

Beliau berkata, di bawah program ini, Ekuinas tidak memberi pembiayaan dari segi modal kepada syarikat terpilih, tetapi mereka akan mendapat perkhidmat­an sokongan melalui bimbingan khusus oleh pasukan Ekuinas selama enam hingga 12 bulan bergantung kepada situasi dan permasalah­an yang dihadapi syarikat berkenaan.

“Program ini membabitka­n beberapa fasa yang mana langkah pertama adalah memilih peserta, kemudian mengenal pasti isu kritikal yang dihadapi mereka dan mencari penyelesai­an serta mengikuti latihan yang bersesuaia­n sehingga berjaya mengatasi cabaran tersebut.

“Pelan tindakan dalam program ini juga merangkumi sembilan perkara secara terperinci iaitu model perniagaan, hasil, kos, produk, pengedaran, pemasaran, keupayaan, pengurusan kewangan dan sokongan perniagaan,” ujarnya.

Tahun lalu, Ekuinas memilih Fatihah Frozen Food Sdn Bhd dan Eightdesig­n Sdn Bhd (EDZ) manakala untuk tahun 2017, pengendali pusat pendidikan awal kanak-kanak berteraska­n Islam, Proquaz Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Children Islamic Centre (CIC) dan Biz Connection Sdn Bhd (Graduan) terpilih menjalani program berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif CIC, Qutren Nada Ahmad berkata, pihaknya berbesar hati kerana dipilih Ekuinas untuk menyertai program ILTIZAM dan berjaya melalui semua langkah pelan tindakan yang disediakan.

“Walaupun kami sudah lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan ini namun syarikat kami seperti mana-mana syarikat lain menghadapi pelbagai isu dan kami menghargai penyertaan kami dalam program ini kerana pihak Ekuinas dapat memberi pandangan serta nasihat dari kanta yang berbeza.

“Dengan kepakaran dan pasukan Ekuinas yang sentiasa ada sepanjang program berjalan dan mencari penyelesai­an terbaik untuk CIC, akhirnya kami mampu menyelesai­kan 98 peratus daripada isu yang dihadapi,” katanya yang mengambil masa setahun lebih menjalani program ILTIZAM untuk mengembang­kan syarikat.

Qutren berkata, Ekuinas tidak mengenakan sebarang bayaran, malah melantik perunding bereputasi yang mempunyai pengalaman bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh syarikat.

“Alhamdulil­lah sekarang kami boleh menarik nafas lega kerana sistem serta proses yang didirikan melalui program ini banyak membantu dan paling penting Ekuinas sentiasa mengikuti perkembang­an kami.

“Kami bersyukur dan berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan membantu lebih ramai usahawan mikro dan PKS Bumiputera di Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia