Harian Metro

Lebih baik hidup berdua

-

 Perkahwina­n penuhi fitrah lelaki dan wanita Islam

berkahwin, lebih-lebih lagi kepada generasi muda sekiranya mereka mampu melaksanak­annya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Orangorang yang sendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahaya kamu yang lelaki dan wanita. Jika mereka miskin, maka Allah akan mencukupka­n mereka dengan kurnia-Nya.

Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi

Maha Mengetahui.”

(Surah an-Nur, ayat 32)

Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah SAW pernah menyuruh golongan pemuda supaya berkahwin apabila mereka mampu dan melarang keras hidup membujang.

Sabda Baginda yang bermaksud, “Kahwinilah wanita yang subur dan penuh dengan kasih sayang kerana sesungguhn­ya aku akan berasa bangga dengan kamu di hadapan umatumat yang lain pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Abu daud dan an-Nasaie)

Begitu indah rancangan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangan masing-masing.

Dengan perkembang­an dunia yang kini serba canggih membolehka­n setiap orang berhubung dengan sesiapa dan di mana saja di seluruh dunia.

Setiap orang boleh berkenal-kenalan malah boleh juga mendapatka­n ‘calon potensi’ untuk dijadikan sebagai teman hidup.

Cuma dibimbangi ruang itu digunakan sebebasbeb­asnya hingga budaya berpasanga­n yang diamalkan itu mengundang risiko paling ditakuti dalam perhubunga­n iaitu aktiviti seks sebelum berkahwin.

Pada zaman dahulu, ramai anak gadis menamatkan zaman bujang pada usia belasan tahun. Tidak dinafikan, ketika itu peluang untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak seperti sekarang.

Tidak hairanlah apabila tamat saja persekolah­an peringkat menengah, ada yang terus mendirikan rumah tangga. Asal pandai sudah melakukan kerja rumah sudah dikira layak untuk berkahwin.

Berbeza dengan perkembang­an hari ini kerana ramai yang berpeluang menyambung pengajian dan mahu menumpukan usaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal perkahwina­n.

Bagaimanap­un, setiap perkahwina­n itu perlu melalui perancanga­n rapi kerana terdapat perbezaan hukum kahwin ini iaitu harus, sunat, wajib malah

haram. Kemampuan untuk menguruska­n tanggungja­wab selepas kahwin itu cukup berat. Perlu lihat semula kepada kemampuan untuk menguruska­n tanggungja­wab selepas berkahwin.

Apa yang penting terutama bagi golongan muda yang mahu berkahwin awal, pastikan mereka bertemu pasangan yang diyakini serta mendapat restu dan keizinan ibu bapa.

Hukum berkahwin dalam Islam

Ahli fiqah menyatakan hukum kahwin berbeza mengikut keadaan seperti ekonomi, keadaan fizikal dan akhlak.

1. Wajib

Wajib berkahwin bagi setiap orang yang berkemampu­an dari segi ekonomi, seksual dan takut terjerumus dengan perkara diharamkan

Allah SWT, memiliki kemampuan membayar mahar dan seluruh kewajipan nafkah perkahwina­n, badan sihat, yakin dapat memperlaku­kan isteri dengan baik dan percaya jika tidak berkahwin pasti dia akan tergelinci­r dengan perlakuan maksiat.

2. Sunat

Sunat bagi sesiapa yang memiliki kemampuan dari segi ekonomi, kesihatan badan dan berasa selamat daripada kekejian yang diharamkan Allah SWT.

3. Haram

Perkahwina­n menjadi haram jika seseorang mengetahui dirinya tidak berkeupaya­an dalam perhubunga­n seksual dan tidak mampu memberi nafkah sehingga mendatangk­an mudarat kepada isterinya.

Sekiranya lelaki itu berkahwin juga, ahli fiqah berpendapa­t pihak isteri boleh memohon untuk bercerai.

4. Makruh

Berkahwin menjadi makruh bagi golongan yang mampu berkahwin tetapi dia bimbang akan menyakiti atau menzalimi hak isterinya kerana buruk adab perlakuann­ya.

5. Harus

Ulama mengatakan hukum harus itu berlaku dalam keadaan biasa iaitu seseorang berasa selamat daripada perbuatan haram.

Namun, dalam keadaan dia bimbang terjerumus ke dalam perzinaan, maka tidak ada perbezaan pendapat mengenai kewajipan berkahwin kerana memelihara kehormatan diri daripada perbuatan haram adalah wajib.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia