Harian Metro

‘DIA TAHU APA DIA BUAT’

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Walaupun Iqram Dinzly dikecam pelbagai pihak kerana dikatakan berkelakua­n tidak waras, penyanyi Soo Wincci mengambil pendekatan berbeza apabila menyuaraka­n sokongan terhadap pelakon itu.

Kata Wincci, segala tindakan yang dilakukan Iqram adalah atas pilihannya sendiri malah jejaka itu sedar ia mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

“Saya percaya dia tahu apa yang dia buat sehingga dikecam teruk di Internet. Sebenarnya saya sudah lama tidak menghubung­i Iqram kerana sibuk dengan pengajian.

“Sebagai kawan rapat, sudah tentu saya sedih melihat dia dihentam dengan kata-kata kurang manis,” katanya. Enggan mengenang keperitan hidup pernah dilalui bersama ibu tersayang, penyanyi Wany Hasrita, 25, kini nekad mengejar impian.

Apa yang diimpikan pemilik nama sebenar Nurshazwan­y Hasrita Hasbullah ini semestinya keselesaan buat ibunya, Norita Jaafar, 46.

Dibesarkan ibu selepas berpisah dengan bapanya banyak mengajar Wany betapa perlu sentiasa bersyukur nikmat yang diberikan Allah SWT.

Bertemu gadis jelita ini pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 anjuran kelab peminatnya, Wanyhasniz­ers di Shah Alam, Sabtu lalu, Wany kelihatan sangat gembira.

“Saya akan berusaha lebih gigih untuk memastikan karier seni yang masih hijau ini terus bertahan.

“Beraksi di pentas Anugerah

Juara Lagu 32 (AJL32) akan menjadi permulaan terbaik saya untuk tahun baru. Terus terang saya tidak meletakkan harapan tinggi Menahan Rindu menang, cukup jika dapat menyanyika­n lagu ini dengan lunak dan menghiburk­an penonton,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia