Harian Metro

Keluar zon selesa

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Desas-desus pengacara

Awal Ashaari dan AG Kool FM bakal meninggalk­an program Melodi terjawab selepas mereka mengumumka­n perkara itu pada Ahad lalu.

Awal, 36, yang sudah enam tahun mengendali­kan Melodi berkata, keputusan itu tepat kerana dia perlu keluar dari zon selesa.

“Sebelum ini mereka pernah menolak permintaan saya untuk berundur atas alasan tertentu. Cuma, selepas setahun saya berasakan ini waktu paling sesuai untuk melangkah pergi. Enam tahun tempoh yang agak panjang.

“Saya banyak menimba pengalaman menerusi program ini. Tipu kalau tak sedih, tetapi saya perlu nekad. Apa yang pasti, saya gembira kerana pernah menjadi sebahagian daripada keluarga Melodi. Impian saya tercapai dapat mengacarak­an program ini.

“Selama ini saya terlalu selesa dan tiada cabaran. Saya fikir perlu ada lebih tekanan dalam kerjaya.

Jadi, selepas berbincang dengan pihak penerbitan dan pengurusan, mereka akur dengan keputusan ini,” katanya.

Sepanjang menjadi pengacara Melodi, Awal pernah digandingk­an dengan Zizan Razak, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz dan AG Kool FM.

Sama seperti Awal, AG yang genap tiga tahun bersama Melodi menyifatka­n perkara itu lumrah dalam sesebuah program.

“Perkara ini saya pernah lalui ketika mengacarak­an program Muzik Muzik. Selepas tiga tahun, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk ganti dengan pengacara baru. Apabila terjadi sekali lagi, saya okey dan tak ada masalah.

“Saya faham, pihak pengurusan mahukan orang baru untuk memastikan program ini tampak lebih segar. Malah, setiap pogram pasti ada perubahan. Keputusan mereka saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Pada masa sama, AG menzahirka­n rasa syukur dan bangga kerana menjadi pengacara pogram hiburan yang sudah bersiaran selama tiga dekad.

“Semua maklum, program ini pernah dihoskan ramai pengacara hebat. Antaranya, Ogy Ahmad Daud, Saiful

Apek, Wahid Senario, Raja Azura dan Zizan Razak.

Jadi, apabila terpilih mengendali­kan program ini selama tiga tahun, ia satu pencapaian dan kenangan dalam kerjaya saya.

“Bagi saya, bukan mudah nak berada dalam program ini. Memandangk­an ia sudah dikenali, jadi sedikit sebanyak ia memberikan tekanan untuk menjadikan program ini kekal relevan. Terima kasih kepada semua kru dan pengurusan kerana memberikan peluang ini,” katanya.

Selain menjadi penyampai radio Kool FM, AG mengacarak­an program Bintang Bersama Bintang musim kedua pada tahun hadapan.

Sementara itu, penerbit Melodi, Michelle Wee berkata, pihaknya akur dengan keputusan Awal Ashaari.

“Betul, hujung tahun lalu Awal pernah nak berhenti dan beralih kepada komitmen lain. Namun, ketika itu masa terlalu suntuk untuk kami mencari pelapis. Jadi, selepas berbincang, Awal bersetuju untuk sambung kontrak selama setahun lagi.

“Sejujurnya, saya mewakili pasukan produksi berat hati nak melepaskan mereka. Namun, kami faham mereka mahu cuba benda baru. Kami menghormat­i keputusan ini, begitu juga sebaliknya,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin pelajon Janna Nick bakal mengacarak­an program itu bersama seorang pelawak dan penyampai radio, Michelle enggan mengulas lanjut.

“Pengesahan bakal dibuat pihak pengurusan dalam satu sidang media. Sama ada Janna atau orang lain, kita tungu saja nanti,” katanya.

Episod pertama Melodi 2018 bakal bersiaran pada 7 Januari dengan menampilka­n pengacara dan konsep baru.

 ??  ?? Tipu kalau tak sedih, tetapi saya harus nekad. Apa yang pasti, saya gembira kerana pernah menjadi sebahagian daripada
keluarga Melodi AWAL dan AG bersama kru produksi Melodi.
Tipu kalau tak sedih, tetapi saya harus nekad. Apa yang pasti, saya gembira kerana pernah menjadi sebahagian daripada keluarga Melodi AWAL dan AG bersama kru produksi Melodi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia