Harian Metro

Idea tercetus hasil pembacaan

- DARI MUKA N35

Anugerah anjuran

MBPJ kali ke-16 itu turut menganuger­ahkan kategori belia (individu dan kumpulan), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk dan rukun tetangga.

Muhammad Hazwan yang juga pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan berkata, dia adalah ahli Briged Rimba Hijau di IPPDD dan mendapati terdapat banyak nyamuk setiap kali melakukan aktiviti di kawasan rekreasi berkenaan.

“Idea menggunaka­n katak atau nama saintifikn­ya, anura bagi mengawal populasi serangga berbahaya dan nyamuk di IPPDD tercetus menerusi pembacaan buku berkenaan alam sekitar.

“Katak perlu dipelihara di pusat kegiatan lestari dan hutan pendidikan,” katanya kepada Nuansa.

Berkongsi lanjut berkenaan projek itu Muhammad Hazwan berkata, haiwan terbabit akan dipelihara di rumah katak yang dibina menggunaka­n barangan terpakai seperti pasu, dan kotak kayu.

Katanya, selepas katak membiak dan populasiny­a bertambah, nyamuk dan serangga lain pun akan berkuranga­n kerana dimakan haiwan berkenaan.

“Selain itu, projek ini boleh memberi pengetahua­n kepada generasi muda berkenaan kepentinga­n dan keistimewa­an katak.

“Salah satunya ialah setiap spesies katak mempunyai suara panggilan yang unik dan berbeza,” katanya.

Menurutnya, apabila nyamuk berkuranga­n, sudah tentu orang ramai akan berasa selesa melakukan aktiviti, beriadah dan mengunjung­i IPPDD.

Katanya, hadiah kemenangan itu akan digunakan untuk membeli katak dan kelengkapa­n membiakkan haiwan berkenaan bermula tahun hadapan.

Sementara itu,

Mohd Azizi berkata, Anugerah Komuniti Mampan adalah program tahunan yang diadakan bertujuan memberi pengiktira­fan kepada inisiatif dan pencapaian

 ??  ?? MOHD Azizi melawat tapak pameran pada majlis Anugerah Komuniti Mampan 2017, baru-baru ini. Selain itu, projek ini boleh memberi pengetahua­n kepada generasi muda berkenaan kepentinga­n dan keistimewa­an katak
MOHD Azizi melawat tapak pameran pada majlis Anugerah Komuniti Mampan 2017, baru-baru ini. Selain itu, projek ini boleh memberi pengetahua­n kepada generasi muda berkenaan kepentinga­n dan keistimewa­an katak
 ??  ?? MOHD Azizi (kanan berdiri) bergambar bersama pemenang.
MOHD Azizi (kanan berdiri) bergambar bersama pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia