Harian Metro

Pesta Masakan Tradisiona­l Pahang

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Keenakan gulai rom, asam tempoyak patin dan sambal hitam yang sinonim dengan beberapa daerah di Pahang tidak perlu diperkatak­an lagi.

Aroma masakan makanan itu saja sudah mampu membuatkan perut yang kenyang menjadi lapar.

Lebih-lebih lagi gulai rom dan asam tempoyak patin menggunaka­n ikan air tawar Sungai Pahang yang segar seperti ikan patin buah, jelawat, baung dan gohok menambahka­n lagi keenakanny­a selain menjadikan hidangan itu sangat istimewa.

Walaupun makanan itu sangat popular di Pahang, semakin ramai menggemari­nya terutama dari negeri lain.

Rasanya sedap dan sajian pula menarik, tapi ramai jarang berpeluang melihat sendiri bagaimana makanan itu disediakan.

Melainkan masyarakat Pahang khususnya dari Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.

Bagi lebih mempopular­kan makanan itu, Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurk­an Pesta Masakan Tradisiona­l Pahang bagi membolehka­n penuntut universiti itu melihat lebih dekat bagaimana makanan berkenaan disediakan.

Tiga tukang masak dari Jerantut diundang khas bagi pertunjuka­n masakan tiga hidangan tradisiona­l negeri berkenaan.

Pengarah Muzium Warisan Melayu UPM Prof Madya Dr Muhammad Pauzi Abd Latif berkata, pertunjuka­n masakan ikan air tawar Sungai Pahang masak tempoyak seperti ikan patin buah, jelawat, baung dan gohok menarik tumpuan kira-kira 500 pengunjung.

“Ini kerana ikan itu jenis liar yang bukan diternak dalam sangkar selain harganya yang mahal mencecah ratusan ringgit sekilogram.

“Ikan ini diperoleh dari Sungai Pahang di Ulu Tembeling. Kita juga sedia

Pertunjuka­n masakan ikan air tawar Sungai Pahang masak

tempoyak seperti ikan patin

buah, jelawat, baung dan gohok menarik tumpuan kira-kira 500 pengunjung

 ??  ?? MAKANAN tradisiona­l Pahang yang siap dimasak iaitu gulai rom, asam tempoyak patin dan sambal hitam pada Pesta Masakan Tradisiona­l Pahang.
MAKANAN tradisiona­l Pahang yang siap dimasak iaitu gulai rom, asam tempoyak patin dan sambal hitam pada Pesta Masakan Tradisiona­l Pahang.
 ??  ?? SHAFINAZ menunjukka­n cara memasak sambal hitam Pahang.
SHAFINAZ menunjukka­n cara memasak sambal hitam Pahang.
 ??  ?? IKAN patin buah, jelawat, baung dan gohok yang diperoleh dari Sungai Pahang di Ulu Tembeling..
IKAN patin buah, jelawat, baung dan gohok yang diperoleh dari Sungai Pahang di Ulu Tembeling..
 ??  ?? PERTUNJUKA­N memasak gulai tempoyak ikan air tawar Sungai Pahang.
PERTUNJUKA­N memasak gulai tempoyak ikan air tawar Sungai Pahang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia