Harian Metro

DAPAT INSPIRASI DARIPADA LAGU

- Nor Hanisah Kamaruzama­n

Wani tanam impian terbitkan

karya animenya satu hari

nanti

Kreatif dan unik. Itu yang dapat menggambar­kan hasil kerja tangan anak muda berasal dari Kuala Belait, Brunei ini.

Lukisan anime yang dihasilkan Nur Izzati Rahwani Ibnu, 16, atau lebih senang disapa Wani ini mencuri perhatian ramai terutama dalam kalangan penggemar hasil seni dari Jepun itu.

Menariknya, Wani bijak menampilka­n kreativiti­nya menerusi kepelbagai­an watak yang diketengah­kan.

Memiliki lebih 3,300 pengikut di akaun Instagramn­ya (@wxnnii), anime yang dilukis Wani bukan saja memiliki nama dan rupa berbeza, tapi juga ada karakter dan keunikan tersendiri.

Berpeluang bertemu dan berbual dengan gadis manis ini ketika di Kuala Lumpur, Wani menceritak­an setiap watak itu diinspiras­i ketika mendengar lagu.

“Wani suka dengar lagu jadi, setiap kali dengar lagu yang Wani suka mesti dapat cipta watak baru.

“Setiap satu watak juga berbeza dan mempunyai karakter yang tersendiri. Selain dapat tampilkan kelainan, ia juga memberi peluang kepada pengikut di Instagram berinterak­si dengan watak berkenaan,” katanya.

Mempunyai minat yang mendalam terhadap anime dan gemar melukis, Wani berkata, dia mula berkarya dan memuat naik karyanya di Instagram sejak dua tahun lalu.

“Wani memang peminat tegar anime dan gemar melukis. Pada awalnya Wani hanya melukis ikut mood tapi sejak dua tahun lalu Wani mula serius.

“Pada Wani, melukis anime ini adalah salah satu cara untuk mengekspre­sikan diri,” katanya.

Katanya, dia tidak mempunyai pendidikan formal dalam melukis dan hanya belajar sendiri.

“Wani tidak pernah belajar asas melukis dan tak berpeluang mengikuti mana-mana kursus. Semuanya belajar sendiri.

“Wani mula dari asas dan setiap masa ada penambahba­ikan. Jika bandingkan karya Wani dari dua tahun lalu dengan hasil terbaru, boleh lihat banyak perbezaan,” katanya.

Menurut Wani, pengikut di Instagram juga memainkan peranan dalam menyuntik semangat bagi dia menambah baik hasil lukisannya.

Pada permulaan penghasila­n karya, Wani menggunaka­n medium konvension­al iaitu pensel dan kertas namun kini Wani lebih gemar dan selesa menggunaka­n medium digital.

Katanya, penggunaan tablet grafik juga bukan saja mempercepa­tkan dia melukis tapi pada masa yang sama memudahkan proses mewarna.

Jika sebelum ini Wani memuat naik hasil anime di Instagram setiap hari, kini Wani lebih selesa menghasilk­an karya mengikut masa terluang kerana ingin tumpu perhatian pada persekolah­an.

Walaupun melukis sekadar hobi, Wani menanam impian untuk menerbitka­n karya animenya satu hari nanti.

Kini, Wani dalam usaha mendalami dan mempelajar­i cara menghasilk­an animasi bagi mengembang­kan bakat seninya.

Anak muda ini turut bercadang menyambung pengajian dalam bidang seni di peringkat pengajian tinggi selain menjenguk peluang dalam bidang seni halus.

Wani turut mengajak Generasi Y untuk berani dan yakin mengekspre­sikan diri menerusi medium seni.

“Jangan takut ketengahka­n bakat yang terpendam. Buang rasa tidak yakin dan tidak percaya pada diri dan perlu mula sekarang. Dari semasa ke semasa anda boleh memperbaik­i teknik dan kehalusan karya,” katanya.

 ??  ?? GADIS muda dari Brunei ini bijak menampilka­n kreativiti menerusi kepelbagai­an watak yang dicipta.
LUKISAN anime yang dihasilkan juga menghasilk­an visual kreatif dan menarik.
GADIS muda dari Brunei ini bijak menampilka­n kreativiti menerusi kepelbagai­an watak yang dicipta. LUKISAN anime yang dihasilkan juga menghasilk­an visual kreatif dan menarik.
 ??  ?? WANI
WANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia