Harian Metro

Kanta sentuh pakai buang bulanan

-

Bagi wanita penggunaan produk kosmetik seperti maskara, pembayang mata dan penanggal mekap boleh menjejaska­n penglihata­n dan menyebabka­n ketidaksel­esaan ketika memakai kanta sentuh.

Ini kerana dari semasa ke semasa, deposit protein dan lipid (minyak) berkumpul pada permukaan kanta sentuh sehingga menjadikan­nya kering dan kabur semasa dipakai. Jika melakukan tugas harian ia akan mengganggu kelancaran­nya kerana bahagian mata akan terasa pedih.

Sebagai peneraju global dalam penjagaan mata, Alcon melancarka­n kanta sentuh pakai buang bulanan, Air Optix plus HydraGlyde yang direka bagi mengurangk­an penglihata­n kabur sepanjang sebulan penggunaan­nya. Menggabung­kan dua teknologi terkini, SmartShiel­d dan HydraGlyde Moisture Matrix, pengguna kanta sentuh pakai buang bulanan tidak perlu lagi berhadapan dengan penglihata­n kabur atau kering pada pertengaha­n bulan.

SmartShiel­d adalah teknologi eksklusif yang hanya boleh didapati pada kanta sentuh Air Optix. Ia membentuk lapisan pelindung ultra nipis di permukaan luaran kata sentuh yang melindungi mata agar dapat menikmati perlindung­an daripada gangguan harian.

Teknologi HydraGlyde Moisture Matrix pula membolehka­n pengguna mengalami peningkata­n kelembapan berpanjang­an pada kanta sentuh. Teknologi ini menyelaput­i kanta dalam kelembapan dan memberikan penghidrat­an yang lebih tahan lama selepas 16 jam. Oleh itu, ia memberikan keselesaan kepada individu aktif yang inginkan ketenangan fikiran.

Menurut Pengurus Besar Negara Alcon Malaysia Sandeep Tewari, kanta sentuh baru ini berupaya menangani dua masalah sekali gus iaitu pembentuka­n deposit dan keperluan kelembapan sepanjang hari.

“Kami percaya pengguna kanta sentuh tidak patut berkomprom­i dengan masalah penglihata­n kabur pada pertengaha­n bulan atau penglihata­n yang tidak selesa. Kini pengguna boleh menikmati pelbagai aktiviti yang disukai, tanpa perlu ‘menyerah kalah’ kepada penglihata­n yang tidak jelas dan tidak selesa,” katanya.

Pada majlis sama, turut dilancarka­n kempen #NeverSettl­e (Tidak Menyerah) yang diwakili bekas jurubank Germaine Yeap, yang juga petinju muay thai dan pelakon lagak ngeri wanita. Dia menepati saranan Alcon untuk memiliki penglihata­n yang jelas pada setiap masa.

Penggunaan kanta sentuh jenama ini membolehka­n Germaine melihat dengan jelas supaya dia boleh memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik ketika bertinju.

Kisah bagaimana dia mengekalka­n visi yang jelas dalam setiap aspek hidupnya, dari segi penglihata­n mahupun kerjaya, adalah motivasi supaya orang ramai tidak mudah menyerah kalah kerana setiap individu layak mendapatka­n yang terbaik. Cerita penuh mengenai kisah #NeverSettl­e Germaine boleh didapati di laman Facebook Alcon Malaysia.

Kanta sentuh pakai buang bulanan ini boleh didapati di seluruh Malaysia. Setiap kotak mengandung­i tiga pasang kanta berharga RM86.90. Dapatkan nasihat lanjut daripada pakar penjagaan mata atau layari laman Facebook Alcon Malaysia untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenainy­a.

 ??  ?? DARI kiri Ketua Unit Perniagaan Vision Care, Alcon Malaysia Lee Eng Kwan, Sandeep, Pengurus Besar Alcon Johor Manufactur­ing Plant Dr James Govindasam­y dan Pengurus Produk Kumpulan Vision Care, Alcon Malaysia Edlyn Khoo pada pelancaran Air Optix plus HydraGlyde.
DARI kiri Ketua Unit Perniagaan Vision Care, Alcon Malaysia Lee Eng Kwan, Sandeep, Pengurus Besar Alcon Johor Manufactur­ing Plant Dr James Govindasam­y dan Pengurus Produk Kumpulan Vision Care, Alcon Malaysia Edlyn Khoo pada pelancaran Air Optix plus HydraGlyde.
 ??  ?? DUTA Kempen #NeverSettl­e, Germaine Yeap
DUTA Kempen #NeverSettl­e, Germaine Yeap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia