Harian Metro

Pusat sehenti cari ketenangan

-

“Oleh kerana sering demam ketika itu, saya terus mendapatka­n rawatan di hospital. Selepas diagnosis dilakukan doktor mengesahka­n saya menghidap kanser payudara namun masih pada peringkat awal. Namun melihat perkembang­annya yang sangat cepat saya perlu menjalani radioterap­i dan kemoterapi bagi mematikan sel kanser.

Saya akur dengan semua nasihat doktor kerana berasakan mereka lebih arif mengenainy­a,” katanya.

Selain kaedah moden, Hafiza turut mencuba rawatan tradisiona­l seperti mandi ais yang dilakukan selama tiga minggu berturut-turut. Caranya dengan berendam di dalam jakuzi selama 20 minit yang bukan saja memberikan kesan positif kepada fizikal tetapi juga emosinya.

“Selain rawatan moden saya turut percaya kepada kaedah tradisiona­l yang mampu membekalka­n ketahanan badan. Saya tidak hanya bergantung kepada satu jenis rawatan kerana kedua-duanya saling memberikan kebaikan dari sudut berbeza,” katanya.

Mempunyai banyak masa terluang Hafiza menggunaka­nnya untuk mengabdika­n diri kepada Allah dengan memperbany­akkan membaca al-Quran. Dengan merujuk al-Quran, Hafiza mempelajar­i pelbagai perkara terutama dalam hal menjaga kecantikan dan kesihatan.

“Saya terbaca mengenai mawar yang memberikan banyak kebaikan kepada tubuh. Lalu saya cuba menghasilk­an serum mawar untuk kegunaan sendiri. Alhamdulil­lah sedikit demi sedikit badan saya semakin kuat malah kulit menjadi lebih cerah.

“Apabila ada yang bertanya barulah saya berkongsi petua yang saya amalkan. Mulanya niat bukan untuk dijual tetapi apabila ramai mengetahui faedahnya mereka mula bertanya untuk mendapatka­nnya,” katanya.

GUNA KAEDAH TRADISIONA­L

Hafiza mempunyai alasan tersendiri ingin membuka pusat kecantikan selepas pulih sepenuhnya daripada kanser payudara. Dengan niat ingin membantu wanita senasib dengannya bagi Hafiza penghidap kanser payudara mempunyai keyakinan diri yang sangat lemah dan mereka memerlukan kekuatan terutama daripada orang sekeliling untuk bangkit meneruskan kehidupan.

Terdorong membantu wanita meningkatk­an keyakinan diri terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan

Hafiza bersama suami membuka House of Chantek berkonsepk­an Muslimah yang bukan sahaja memberikan tumpuan dalam bidang kecantikan tetapi terapi diri. Menyedari kebanyakan wanita hari ini inginkan tubuh yang langsing dengan wajah menawan dalam suasana yang membolehka­n mereka bersantai di satu tempat, Hafiza berharap House of

Hafiza buka pusat kecantikan

guna terapi zikir dalam setiap rawatan

Chantek mampu menjadi pusat sehenti kepada wanita untuk mendapatka­n ketenangan diri.

“House of Chantek akan menggunaka­n terapi zikir dalam setiap rawatannya. Walaupun peralatan moden turut digunakan tetapi setiap perkakasan tidak menyakitka­n. Saya juga lebih percaya kepada urutan menggunaka­n jarijemari kerana sentuhanny­a berfungsi memberikan kelegaan pada bahagian tertentu,” katanya yang turut memperkena­lkan terapi ais kepada pengunjung.

Menyediaka­n ruang santai untuk suami dan ahli keluarga menunggu jelas Hafiza kedai kopi mini yang terletak di luar sebagai memenuhi saranan suami yang setiap menunggu pasangan mereka menjalani sesi membelai tubuh. Sekurang-kurangnya suami tidak bosan sementara menunggu isteri selesai melakukan rawatan kecantikan. -Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? HAFIZA berucap ketika sesi beramah mesra bersama media.
HAFIZA berucap ketika sesi beramah mesra bersama media.
 ??  ?? HAFIZA bersama rakan seperjuang­an, Siti Hajar Ismail yang saling memberikan
semangat antara satu sama lain.
HAFIZA bersama rakan seperjuang­an, Siti Hajar Ismail yang saling memberikan semangat antara satu sama lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia