Harian Metro

Agih keperluan persekolah­an

-

berbakti kepada keluarga dan masyarakat.

“Seniman juga mahu lebih dekat dan mesra dengan masyarakat. Sebab itu, kami turut memilih keluarga yang kurang berkemampu­an untuk menerima sumbangan ini.

“Ia menjadi tanggungja­wab Seniman untuk membantu siapa saja yang memerlukan dan mungkin program ini akan menjadi acara tahunan Seniman. Saya berharap ia akan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak terutama pengeluar barangan sekolah,” katanya.

Zed ditemui selepas sidang media acara larian itu, baru-baru ini.

Di samping itu juga, kata Zed, pada 4 Februari depan, Seniman dengan kerjasama Kelab Rekreasi Dan Kecergasan Wilayah Perdana menganjurk­an larian amal, Seniman Charity And Fun Run 2018 bagi mengumpul dana Seniman.

“Ia adalah acara larian 10 kilometer (km) dan 5km (Family Fun Run). Acara larian itu untuk 10km dikenakan bayaran RM65 seorang, 5km pula RM50, 5km pelajar sekolah,

RM35 dan larian keluarga seramai empat orang ialah RM200.

“Mereka yang seawal usia 10 tahun boleh menyertai acara lain. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti zumba, pameran, jualan dan sesi bertemu artis.

“Seniman menyasarka­n 2,000 penyertaan dan setakat ini lebih 800 peserta sudah mendaftar secara atas talian sejak ia dibuka 15 hari lalu.

“Semoga dengan adanya penganjura­n seperti ini, masyarakat dan artis boleh bersamasam­a berganding bahu dan mengeratka­n silaturahi­m.

“Penganjura­n acara larian ini juga lari daripada kebiasaan yang mengumpul dana dengan mengadakan konsert.

Program larian ini juga selaras dengan seruan kerajaan agar masyarakat hidup sihat,” katanya.

Kata Zed, persatuan tidak meletakkan sasaran kutipan dana kerana program itu kali pertama diadakan.

“Bagaimanap­un, saya mengharapk­an agar mendapat kerjasama daripada penaja dari segi wang tunai dan mereka yang menyumbang akan mendapat pelepasan cukai,” katanya.

Acara larian itu akan diadakan pada jam 6 pagi bermula di pekarangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang, Selangor.

Untuk mendapat maklumat lanjut, LIKE di Facebook -www.facebook. comseniman­charityfun­run2018.

Mereka juga boleh terus mendaftar sebagai peserta secara dalam talian di laman sesawang www. racexasia.com/event/seniman.

 ??  ?? ZED bersama ahli
Seniman.
ZED bersama ahli Seniman.
 ??  ?? Ia menjadi tanggungja­wab Seniman untuk membantu siapa saja yang memerlukan dan mungkin program ini akan menjadi acara tahunan Seniman
Ia menjadi tanggungja­wab Seniman untuk membantu siapa saja yang memerlukan dan mungkin program ini akan menjadi acara tahunan Seniman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia