Harian Metro

‘Apa salahnya mencuba...’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Lagu Oh Sayangku sinonim dengan jiwa Ameera

Sudah lama Nur Ameera Nabila menyimpan hasrat bergelar penyanyi. Namun, apabila tiba pada satu peringkat, dia berasakan impiannya seakan-akan tidak kesampaian.

Apatah lagi Ameera, 24, sudah bergelar pendidik dan agak sukar untuk merealisas­ikan impiannya.

“Pada mulanya, saya anggap rezeki untuk menyanyi sudah tiada. Peluang untuk menyanyi dirasakan seperti sudah tertutup.

“Kalau diikutkan, ketika menuntut di maktab perguruan di Ipoh, Perak, saya aktif menyanyi dengan unit kebudayaan Perak. Selepas tamat belajar, saya hanya fokus dengan kerjaya sebagai guru muzik,” katanya.

Kemunculan aplikasi Smule dimanfaatk­an sebaik mungkin oleh Ameera dengan menggunaka­n nama Cikgu Meera yang menjadikan­nya sebagai medan untuk mengumpul peminat.

Siapa sangka nyanyianny­a berjaya menarik perhatian komposer popular Eddie Hamid yang memintanya hadir ke sesi uji bakat.

Eddie berpuas hati dengan vokalnya dan mencipta lagu khas buat Cikgu Meera berjudul Oh Sayangku dengan liriknya ditulis oleh Nur Hakim.

“Mulanya, saya terkejut dengan tawaran ini, tapi apa salahnya saya mencuba. Lagipun saya sudah dikenali di Smule dan sudah ada peminat.

“Rakan Smule antaranya Khai Bahar dan Wany

Hasrita sudah berjaya dan mana tahu saya boleh ikut jejak mereka,” katanya.

Menurut Ameera yang mengajar di sekolah rendah di Shah Alam, Oh Sayangku, lagu yang sinonim dengan jiwanya.

“Ia berkisarka­n kisah cinta seseorang yang mempunyai perasaan sayang mendalam selepas ditinggalk­an kekasihnya dan berharap si dia kembali kepadanya.

“Melodi lagu ini amat melankolik dan liriknya matang. Saya sebenarnya seorang yang berjiwa sensitif malah turut aktif dengan sajak dan semua acara seni,” katanya.

Dengan statusnya sebagai guru, Meera mengakui perlu berhati-hati dengan setiap perlakuan dan cara pemakaiann­ya agar tidak menjadi bahan percakapan masyarakat.

“Buat masa ini, tiada pihak yang kecam saya. Lagipun, saya guru muzik dan apa yang dibuat ada kena-mengena dengan profesion perguruan.

“Saya bersyukur kerana ramai kawan dalam kalangan guru yang menyokong minat dalam bidang seni ini. Anak murid turut menghafal lagu saya. Bagaimanap­un, saya sentiasa berhati-hati agar tindakan tidak menjejaska­n imej profesion perguruan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia