Harian Metro

Rupanya bukan anak dia...

-

Apabila pasangan suami isteri berpisah, kasihan kepada anak-anak yang masih kecil kerana mereka tidak boleh membuat pilihan untuk tinggal bersama ibu atau bapa kerana masih di bawah umur.

Lantaran itu terpaksala­h mereka menurut saja kemahuan ibu bapa ataupun menurut perintah mahkamah siapa yang lebih berhak untuk mendapat hak jagaan.

Baru-baru ini, SS terserempa­k seorang artis yang kembali hidup solo dan sebagai jalan penyelesai­an, hak jagaan anak diberikan kepada bekas pasangan hidupnya. Bagaimanap­un katanya, dia bercadang mengambil anak itu dan menjaganya sendiri kerana dia tak yakin bekas pasanganny­a boleh menjaga mereka dengan baik. Dia juga bimbangkan masa depan anaknya itu.

Tetapi, artis itu beritahu SS dia boleh ambil seorang saja anak dan seorang lagi akan terus kekal di bawah jagaan bekas pasanganny­a. Hairan juga SS kenapa dia tidak ambil kedua-dua anak kerana kasihan pula dua beradik itu terpaksa berpisah.

Maka terbongkar­lah selingkar kisah yang salah seorang anak itu bukanlah anak dia, tetapi anak bekas pasanganny­a dengan orang lain yang tidak diketahui identitiny­a. Kes itu berlaku sebelum mereka berkahwin.

Kini selepas mereka berpisah, artis itu berasa lega kerana dia tidak perlu lagi menanggung sebarang perasaan kalut, terkilan dan kecewa kerana sebelum ini banyak perkara yang tersimpan dalam hati artis itu demi kebahagiaa­n rumah tangga mereka namun malangnya jodoh mereka tak panjang. Dia bukan mahu buka aib bekas pasanganny­a, tetapi cuma mahu berkata benar agar tiada yang tersalah anggap dengannya.

SS: Bukan semua perceraian membawa kepada keburukan, malah ada yang temui cinta baru lebih membahagia­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia