Harian Metro

RM24 juta dari Taipei

- Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

 Dadah diisytihar sebagai komponen mekanikal dirampas di LTAPP

Dadah bernilai RM24 juta diisytihar komponen mekanikal, namun taktik sindiket dadah antarabang­sa terbabit gagal mengaburi pihak berkuasa sebelum ia dirampas di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) pada 17 Disember lalu.

Cubaan menyeludup dadah itu dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum melakukan serbuan di LTAPP.

Serbuan yang dijalankan jam 9 pagi itu, kastam menemui 1.5 juta pil Eramin 5 bernilai RM24 juta dan menahan dua lelaki berusia 18 dan 34 tahun yang dipercayai ejen penghantar­an barangan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkua­saan dan Pematuhan, Datuk Zulkifli Yahya berkata, berdasarka­n intipan dan maklumat yang diperoleh, pihaknya mengesan kemasukan dadah itu melalui syarikat penerbanga­n dari Taipei, Taiwan pada 14 Disember lalu sebelum mereka membuat serbuan empat hari kemudian.

“Kami mengesyaki 12 kotak besar yang dibawa masuk ke kompleks kargo LTAPP mempunyai barang meragukan tidak seperti yang diisytihar­kan di dalam borang kemasukan dan mengambil masa empat hari membuat intipan termasuk mengumpul maklumat.

“Hasilnya, pada 17 Disember lalu, pasukan penguat kuasa kastam membuat serbuan dan mendapati semua kotak itu mengandung­i Eramin 5,” katanya pada sidang media di Pejabat JKDM negeri, di sini, semalam. Menurutnya, dua suspek yang ditahan kini direman 12 hari bermula pada hari tangkapan sehingga Khamis ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dua suspek ini ditahan sejurus mengambil barangan itu yang dikatakan hanya sebahagian daripada komponen mekanikal sepertiman­a yang diisytihar­kan dalam borang kemasukan ke negara ini.

“Melalui siasatan, kami percaya dadah yang dibawa masuk untuk pasaran di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, susulan penahanan dua suspek itu, seorang lagi suspek lelaki hadir menyerah diri ke pejabat JKDM dekat sini, semalam untuk membantu siasatan.

“Kami masih menyiasat latar belakang individu yang menyerah diri sebelum mengambil tindakan ke atasnya berhubung penyeludup­an dadah ini,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI kastam menunjukka­n sebahagian 1.5 juta biji pil Eramin 5 didalam 12 kotak yang dirampas di LTAPP.
PEGAWAI kastam menunjukka­n sebahagian 1.5 juta biji pil Eramin 5 didalam 12 kotak yang dirampas di LTAPP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia