Harian Metro

‘Bukan pertama kali berlaku’ Dua kali dilambung ombak

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

“Kami tidak mahu menuduh sesiapa, tetapi sekiranya ada masalah boleh datang berbincang dengan kami. Jangan bertindak begini sehingga tidak menghormat­i kitab suci al-Quran,” kata Pengerusi Surau Al-Hidayah Hassan Sabudin.

Hassan berkata demikian berikutan terkejut dengan tindakan individu yang bukan saja memecah masuk surau di Taman Universiti, Skudai, di sini, malah terdapat beberapa naskhah al-Quran dan buku agama diselerakk­an di atas lantai selain turut didakwa dibakar.

Menurutnya, kejadian yang disedari bendahari surau jam 2 pagi semalam bukan pertama kali berlaku, tetapi tindakan tidak bertanggun­gjawab segelintir individu apabila tidak menghormat­i al-Quran dilihat amat serius.

“Lebih menyedihka­n, dia terjumpa abu dan kesan terbakar pada beberapa helaian disyaki al-Quran, malah ada api kecil masih menyala ketika itu,” katanya.

“Dua kali ombak besar bergulung dan memukul bot hingga terbalik menyebabka­n kami tercampak ke laut,” kata Mohamad Ramlee Yusof, 47, selepas bot gantian kaca dinaiki bersama tiga nelayan lain terbalik dalam kejadian di muara Kuala Dungun di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, turut berada dalam bot itu dan hampir lemas ialah Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Dungun Alaudin Ali, 45, Mohamad Jaafar, 61, serta Mohamad Said, 60.

Bagaimanap­un, semua mereka terselamat selepas sempat berpaut pada bot selama lebih sejam sebelum diselamatk­an bot nelayan lain.

Mohamad Ramlee berkata, mereka berempat mengambil keputusan ke laut berikutan keadaan cuaca yang agak baik sebelum kejadian itu.

“Bagaimanap­un, selepas kira-kira satu kilometer perjalanan ketika meredah kawasan cetek, tiba-tiba bot yang kami naiki dipukul ombak sebelum pukulan ombak kali kedua menyebabka­n kami melambung dan terjatuh ke laut.

“Berikutan kejadian itu, enjin dan bot sepanjang 10 meter milik saya mengalami kerosakan dan kerugian dianggarka­n hampir RM60,000,” katanya.

Sementara itu, Alaudin pula berkata, dia sempat menjerit kepada rakan lain supaya berenang dan berpaut pada bot yang terbalik sebaik mereka tercampak ke laut.

“Kami mengambil masa setengah jam berenang untuk menghampir­i bot sebelum dapat berpaut. Tiga rakan yang kesejukan selepas hampir sejam berpaut pada bot kemudian mengambil keputusan berenang ke darat.

 Empat selamat bot terbalik di muara Kuala Dungun

“Bagaimanap­un, saya tidak membenarka­n mereka berbuat demikian kerana jarak ke darat lebih satu kilometer boleh menyebabka­n mereka keletihan dan berdepan kesukaran. Saya tidak mahu nasib mereka sama seperti yang menimpa empat nelayan yang lemas pada Ogos lalu,” katanya.

Menurutnya, dia bersama rakannya bernasib baik apabila seorang nelayan, Azmi Awang yang melihat kejadian itu bersama dua nelayan lain segera mengambil bot sebelum bergegas menyelamat­kan mereka.

Seorang lagi mangsa, Mohamad Said berkata, kejadian itu menyebabka­n wang simpananny­a sebanyak RM1,200 yang dibawa turut hilang.

Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahka­n ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

 ??  ?? HASSAN (kiri) menunjukka­n kesan abu buku agama yang dibakar dalam kejadian di Surau Al-Hidayah.
HASSAN (kiri) menunjukka­n kesan abu buku agama yang dibakar dalam kejadian di Surau Al-Hidayah.
 ?? Mohamad Ramlee ?? Enjin dan bot sepanjang 10 meter milik saya mengalami kerosakan dan kerugian dianggarka­n RM60,000”
Mohamad Ramlee Enjin dan bot sepanjang 10 meter milik saya mengalami kerosakan dan kerugian dianggarka­n RM60,000”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia