Harian Metro

Gempur lokasi sampah haram

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 MPKj serbu tujuh lokasi, sita enam lori

Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) menjalanka­n operasi gempur lokasi pembuangan sampah haram di tujuh lokasi sekitar Kajang hingga Semenyih, di sini.

Yang Dipertuany­a, Mohd Sayuthi Bakar berkata, hasil daripada operasi, enam lori disita serta 12 kompaun dikeluarka­n bagi kesalahan membuang sampah secara haram di tempat tidak dibenarkan.

“Sepanjang tempoh Januari hingga Disember ini, MPKj menyita 129 lori yang didapati membuang sampah secara haram dan tindakan kompaun dan sita diambil dalam usaha mewujudkan persekitar­an bersih.

“Hasil daripada operasi, MPKj mengurangk­an hampir 80 peratus kegiatan pembuangan sampah secara haram berbanding tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, pihak yang didapati membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan akan dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil (UKK) pembuangan, pemungutan dan pelupusan sampah-sarap MPKj 2007.

“Kompaun bagi pesalah membuang sampah haram ialah maksimum RM1,000 dan caj sitaan RM500.

“Bagi kesalahan kali pertama, kenderaan disita ditahan dalam tempoh tujuh hari manakala bagi kesalahan berulang, pesalah ditahan sebulan,” katanya.

Katanya, jika mereka didapati melakukan kesalahan yang sama, pesalah akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan susulan kerana ingkar arahan yang ditetapkan MPKj.

“MPKj komited membantera­s kegiatan pembuangan sampah secara haram bagi menyasarka­n sifar sampah haram pada penghujung tahun ini.

“Orang ramai dinasihat menjaga dan memelihara kebersihan selain bekerjasam­a menyalurka­n maklumat supaya aktiviti pembuangan sampah haram dibendung,” katanya.

 ??  ?? ANTARA lori yang dikesan membuang sampah haram di sekitar Kajang.
ANTARA lori yang dikesan membuang sampah haram di sekitar Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia