Harian Metro

Semakin galak berasap

- Siti Salmiah A Hamid am@hmetro.com.my

 Jumlah perokok wanita di Malaysia membimbang­kan jika tidak dibendung

Jumlah perokok wanita di negara ini dilihat membimbang­kan malah dijangka meningkat sekiranya ketagihan merokok tidak dibendung.

Ketua Koordinato­r Pusat Kajian Penagihan Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkata, sebelum 2015, jumlah perokok wanita berada di bawah angka satu peratus.

“Ia mula membimbang­kan apabila jumlah itu meningkat kepada 1.4 peratus pada 2015.

“Perkara itu mungkin ada kaitan dengan gaya hidup masyarakat masa kini apabila lebih ramai wanita ingin mencuba apa yang mampu dilakukan kaum lelaki,” katanya ketika ditemui Harian Metro di UM, di sini.

Menurut Dr Amer, sukar bagi perokok wanita untuk hamil sekiranya tabiat itu masih berterusan selepas mereka berkahwin.

“Merokok bukan saja merisikoka­n bayi di dalam kandungan malah boleh menyebabka­n kelahiran bayi pramatang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hampir 30 peratus individu berjaya berhenti daripada merokok menerusi program mQuit kendalian UM di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Johnson & Johnson dan penyedia khidmat kesihatan bagi membantu mereka yang ingin berhenti merokok.

Katanya, perokok mempunyai peluang lebih tinggi untuk menghentik­an tabiat merokok menerusi kombinasi terapi penggantia­n nikotin (NRT), ubat preskripsi dan kaunseling.

“Gabungan kaedah ini mencatatka­n kadar berhenti yang lebih tinggi berbanding cara tersendiri dan ia cara paling berkesan membantu perokok membuang tabiat itu.

“Setakat ini, lebih 60 kakitangan dan pelajar UM sudah menjalani program mQuit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atau di Klinik Kesihatan Pelajar.

“Kami tidak memaksa mereka untuk berhenti merokok tetapi mungkin ia hasil daripada persekitar­an kampus yang bebas merokok dan faktor peribadi yang mendorong mereka nekad berhenti merokok,” katanya.

UM turut melatih 3,500 penyedia khidmat kesihatan dalam kalangan ahli farmasi, doktor pergigian, jururawat dan bahagian sumber manusia agar mereka memberi sokongan yang sewajarnya.

Ditanya mengenai tanggapan mengenai obesiti selepas berhenti merokok, katanya, ia tidak boleh diterima pakai.

“Mereka ketagih kepada nikotin selama bergelar perokok dan selepas berhenti akan berlaku perubahan fizikal tetapi individu itu perlu mengubah dirinya agar kekal dengan budaya hidup sihat.

“Jika sudah berhenti merokok, lakukan aktiviti bagi menjamin kesihatan anda semakin baik seperti larian, berbasikal atau aktiviti sukan lain,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila layarihttp://www.jomquit. com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia