Harian Metro

‘Bayar dengan doa saja...’

-

Kota Bharu: Bayar dengan doa saja. Ayat itu yang sering diucapkan Mohd Rosli Awang Noh, 36, setiap kali mengguntin­g rambut pelanggann­ya terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Perkhidmat­an percuma itu ditawarkan kepada golongan berkenaan sejak dia membuka kedainya di Kubang Kerian di sini, dua tahun lalu.

Menggunaka­n label The Jangot’s Barbershop, Mohd Rosli mengakui tujuannya tidak mengenakan bayaran kepada pelanggan istimewa itu kerana mahu meringanka­n beban mereka, sekali gus mengutip pahala.

“Alhamdulil­lah, sambutan diterima daripada golongan terbabit cukup baik, cuma warga emas sedikit malu ke sini, mungkin mereka fikir tempat saya ini hanya untuk orang muda.

“Lagi pula, warga emas yang datang tetap menghulurk­an wang kerana segan jika tidak bayar sedangkan saya ikhlas memotong rambut mereka bukan sebab bayaran.

“Saya anggap ini sedekah saya untuk mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di kedainya, semalam.

Katanya, bagi pelanggan lain, dia mengenakan bayaran antara RM15 hingga RM90 untuk pakej keseluruha­n.

Selain khidmat gunting rambut, premis itu turut menyediaka­n khidmat rawatan muka khusus untuk lelaki.

Menurutnya, di negeri ini memang sukar untuk mencari kedai gunting rambut yang menyediaka­n khidmat rawatan muka melainkan salun kecantikan.

“Ini antara faktor saya sediakanny­a untuk memenuhi keperluan pasaran, apatah lagi khidmat ini khusus untuk pelanggan lelaki.

“Kami ada pekerja yang berkemahir­an dan pelanggan digalakkan membuat temu janji terlebih dulu kerana setiap sesi memakan masa sejam atau lebih,” katanya.

Selain itu, The Jangot’s Barbershop turut menerima pelajar yang mahu belajar teknik mengguntin­g rambut dan sehingga kini sudah mengajar 10 pelajar berusia 16 dan 17 tahun.

Sementara itu, pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak, Shahrul Ikhwan Mat Yazid, 17, berkata, dia mula belajar mengguntin­g rambut di kedai itu tahun lalu dan kini mampu mencari pendapatan sampingan di sekolahnya.

 ??  ?? MOHD Rosli (kanan) memerhatik­an pekerjanya mengguntin­g rambut pelanggann­ya di kedainya di The Jangot's Barbershop.
MOHD Rosli (kanan) memerhatik­an pekerjanya mengguntin­g rambut pelanggann­ya di kedainya di The Jangot's Barbershop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia