Harian Metro

Perkenal mShop

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 Maxis bantu PKS tempatan teroka segmen e-dagang

Maxis Berhad (Maxis) komited membantu lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan terutama dalam industri runcit bagi menerokai segmen e-dagang melalui penyelesai­an lengkap dan menyeluruh­nya dikenali mShop.

Ketua Pembanguna­n Perniagaan­nya Senthil Balan Danapalan berkata, pasaran e-dagang di Malaysia ketika ini bernilai AS$1 bilion (RM4.08 bilion) dan angka itu dijangka meningkat kepada dua hingga tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya, syarikat melihat potensi yang bakal diraih PKS tempatan berdasarka­n corak pencarian dan pembelian yang dilihat kini sedang berkembang pesat.

“Kira-kira 83 peratus daripada rakyat Malaysia memulakan penyelidik­an atas talian apabila ingin mencari produk baru manakala 50 peratus pengguna Malaysia membuat pembelian atas talian secara bulanan,” katanya pada Bisnes Metro, di sini. mShop satu penyelesai­an lengkap untuk memacu jualan dan pelanggan baru bagi PKS yang ingin menerokai dan memanfaatk­an potensi e-dagang.

Perkhidmat­an utama yang ditawarkan termasuk membina kedai elektronik dengan mewujudkan kehadiran e-dagang di komputer dan mudah alih serta menawarkan perkhidmat­an pemasaran bagi segmen utama melalui saluran digital.

Beliau berkata, ruang e-dagang menawarkan peluang baru kepada PKS tempatan kerana sikap pelanggan dalam mencari, membeli dan membayar produk kini berubah melalui platform laman web dan mudah alih.

Menurutnya, terdapat kira-kira 300,000 PKS dalam industri runcit pada masa ini yang tampil dengan jenama dan produk berkualiti di mana Maxis bersemanga­t untuk menyokong mereka untuk memanfaatk­an potensi e-dagang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia