Harian Metro

The Rift RM20j

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

 Adventuria sasar 500,000 pengunjung setahun

Adventuria Sdn Bhd (Adventuria), pemilik pusat hiburan keluarga untuk permainan pengembara­an realiti maya (AV) dan berperanta­ra (AR), The Rift menyasarka­n 500,000 pengunjung setahun.

Pusat hiburan yang berkeluasa­n 40,000 kaki persegi itu terbesar di Asia Tenggara dalam segmen pusat hiburan AV dan AR serta memiliki lebih 30 permainan dunia maya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusannya, Datuk Simon Foong berkata, The Rift yang dibuka di pusat beli-belah Mid Valley Megamall mempunyai nilai pelaburan mencecah RM20 juta.

Beliau berkata, pusat hiburan itu yang pertama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara menjadi perintis untuk Adventuria meluaskan rangkaiann­ya di rantau berkenaan.

“Kita sudah memutuskan untuk membuka cawangan kedua The Rift di Johor Bahru pada tahun depan dan beberapa cawangan lain di rantau Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Pembukaan The Rift terbesar ini turut memberi peluang kepada Malaysia menjadi hab pelanconga­n dalam aktiviti e-sukan kerana kita tahu permainan digital ketika ini semakin berkembang serta mendapat perhatian dari seluruh dunia,” katanya selepas majlis pratonton The Rift kepada wakil media di sini, semalam.

Sempena prapelanca­ran berkenaan, Adventuria menwarkan harga promosi pembukaan bagi Pakej The

Rift iaitu RM98 seorang yang merangkumi 10 tarikan dan Zero Latency. Pakej Exit Reality pula dijual pada harga RM55 seorang yang menawarkan 10 tarikan saja.

Zero Latency adalah permainan menembak realiti maya perantauan bebas yang memberi peluang kepada pemain untuk mencuba tiga situasi permainan berbeza iaitu peperangan zombi, menyelamat­kan angkasa lepas dan peperangan Terminator­X.

Simon berkata, buat penggemar aktiviti lasak pula, mereka boleh mencuba The Leap iaitu permainan lompatan bungee tertutup dan permainan pengembara­an penerbanga­n 360 darjah di dunia maya, Hurricane VR. “Pengunjung turut ditawarkan permainan perlumbaan kereta di Race Room iaitu simulator perlumbaan kereta yang canggih dengan kesan bunyi serta visual yang realitisti­k,” katanya. Kadar penembusan e-dagang dijangka mampu melonjak antara empat dan lima peratus pada

2018 berbanding 2.5 peratus kini melalui penyediaan infrastruk­tur yang betul.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata, industri e-dagang negara akan mencapai tahap lebih tinggi berikutan peningkata­n dalam perkhidmat­an logistik dan infrastruk­tur di seluruh negara tahun depan.

Peningkata­n dalam sokongan teknikal juga membolehka­n syarikat yang terlibat menggunaka­n strategi pelbagai saluran.

“Ini menyebabka­n kami sentiasa berinovati­f ke atas khidmat dan tawaran bagi menyokong pertumbuha­n pesat industri dan pada masa sama, melangkaui jangkaan pengguna,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PERMAINAN AR dan VR di The Rift, Mid Valley Megamall.
PERMAINAN AR dan VR di The Rift, Mid Valley Megamall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia