Harian Metro

Mati tak bayar hutang seks

-

Jakarta: Seorang wanita mati dibunuh kekasih upahannya minggu lalu kerana tidak membayar selepas mendapat khidmat seks lelaki itu.

Mayat Deli Cinta Sihombing, 32, ditemui dengan kaki dan tangan terikat tanpa seluar di rumahnya di Tanjung Uncang, Batu Aji, Batam, Khamis lalu manakala anak lelakinya berusia tiga tahun berada di sebelahnya dalam keadaan pucat serta keletihan kerana dipercayai terkurung lebih sehari bersamanya.

Keluarga mangsa dilaporkan berusaha menghubung­inya sejak 19 Disember lalu sebelum pergi ke rumahnya untuk menyiasat.

Siasatan mendapati kereta mangsa, televisyen LCD, telefon bimbit dan sejumlah barang berharga dalam rumah mangsa juga hilang.

Tribunnews melaporkan, ketika kejadian, suami mangsa tiada di rumah kerana berlayar.

Polis menubuhkan pasukan khas dan berjaya menahan lelaki yang bekerja sebagai pelayan bar dikenali sebagai Dedi Purbianto di sebuah hotel di Batam Centre tempatnya bekerja kerana disyaki membunuh wanita terbabit.

Dedi cedera selepas ditembak apabila melawan ketika ditahan.

Siasatan mendapati Dedi yang juga berkhidmat sebagai gigolo, mengenali Deli Cinta melalui Facebook dan mereka sudah dua kali melakukan hubungan seks dengan kali pertama di hotel.

Lelaki itu mendakwa dia nekad membunuh Deli Cinta kerana sehingga pagi Khamis lalu, wanita itu masih gagal membayar khidmatnya.

Bedah siasat mendapati wanita itu mati akibat mukanya ditekap dan terdapat retakan pada tulang lehernya akibat dicekik.

Menurut doktor, bedah siasat tidak menunjukka­n berlakunya hubungan seks sebelum mangsa dibunuh.

Wanita itu dikebumika­n Jumaat lalu tanpa dihadiri suaminya yang pulang selepas dimaklumka­n kematian isterinya. - Agensi

 ??  ?? SEORANG wanita mengaji di kawasan kubur besar-besaran untuk mangsa tsunami 2004
di Banda Aceh, pada ulang tahun ke-13 bencana itu, semalam. - AFP
SEORANG wanita mengaji di kawasan kubur besar-besaran untuk mangsa tsunami 2004 di Banda Aceh, pada ulang tahun ke-13 bencana itu, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia