Harian Metro

BELUM ADA SENARAI

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Perseorang­an Piala Uber akan dipilih berdasarka­n prestasi dalam tiga kejohanan

Sebaik bermula musim 2018, pemain perseorang­an wanita negara dijangka akan bekerja keras terutama dalam usaha untuk menambat hati ketua jurulatih, Datuk Tey Seu Bock bagi pemilihan ke kelayakan Piala Uber Februari depan.

Menurut Seu Bock, pemain perseorang­an wanita akan dipilih berdasarka­n tiga kejohanan awal bulan depan iaitu Masters Thailand, Malaysia dan Indonesia.

“Kita belum ada senarai pemain untuk perseorang­an wanita dan perlu menunggu tiga kejohanan awal untuk 2018 sebelum membuat keputusan siapa bakal mewakili negara ke Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (kelayakan Piala Uber),” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Setakat ini, dua pemain perseorang­an wanita yang dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk mengetuai skuad kelayakan Piala Uber ialah pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Soniia Cheah dan juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei.

“Sebenarnya untuk pemilihan pemain ketiga dan keempat juga saya akan memilih dari skuad sedia ada, mereka juga masih muda dalam lingkungan 20 hingga 22 tahun.

“Jadi saya mengharapk­an di Masters Thailand, Malaysia dan Indonesia ini mereka mampu memberikan persembaha­n terbaik.

“Jadi siapa yang bagus saya akan pilih mereka. Dalam masa sama kita juga ada berbincang dengan bahagian beregu wanita kerana memerlukan kerja sepasukan. Dalam seminggu kita akan berlatih bersama,” kata Seu Bock.

Ditanya mengenai tekanan, beliau mengakui ia memang akan dirasai kerana tidak berada pada kedudukan automatik dari segi kedudukan ranking negara.

“Untuk melayakkan diri dengan mara ke separuh

(gambar)

akhir juga agak sukar kerana bakal berdepan dengan pasukan kuat seperti China, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam masa sama Taiwan dan India juga mempunyai skuad mantap.

“Jadi saya harap pemain saya mampu untuk beraksi cemerlang di tiga kejohanan awal nanti untuk membantu menaikkan ranking negara.

“Sebenarnya kita kena cuba kedua-dua cara untuk melayakkan diri, tidak semestinya dari segi ranking kita perlu menyerah kalah, saya mengharapk­an pemain seperti Jin Wei dapat membantu,” katanya.

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia akan berlangsun­g di Alor Setar 6 hingga 11 Februari ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia