Harian Metro

THT enggan terlalu yakin dominasi semua piala

-

Kuala Lumpur: Kehadiran enam pemain import berkualiti termasuk pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia, Gonzalo Peillat

dari Argentina bukan satu jaminan untuk Terengganu Hockey Team (THT) merangkul semua piala yang dipertandi­ngkan pada saingan Liga Hoki Malaysia musim depan.

Sebaliknya ketua jurulatih THT, Sarjit Singh menegaskan langkah pasukannya mengambil pemain ternama menyaksika­n pasukan lain turut mengikut jejak langkah mereka sekali gus menyaksika­n saingan musim depan cukup sengit dan kembali seimbang.

Justeru Sarjit tidak mahu melaungkan keyakinan terlalu tinggi mereka mampu memenangi kesemua piala.

“Anda tidak boleh memenangi kesemua piala ketika pasukan lain juga mengintai peluang untuk memenangi piala.

“Kadang-kadang anda juga memerlukan tuah. Tapi yang pastinya apabila kami berjaya mendapatka­n pemain terbaik seperti Peillat, pasukan lain juga nampaknya mengikut jejak langkah sama.

“Bagi saya ia sangat bagus untuk saingan Liga Hoki Malaysia kerana barisan pemain kita dapat mempelajar­i sesuatu daripada pemain import berkelas dunia ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.

Selain Peillat, THT berjaya mengikat tiga lagi pemain kebangsaan Argentina iaitu

>>Jin Wei juara remaja dunia 2015

(gambar)

Joaquin Menini, Pablo Javier Trevisan dan Barreiros Lopez.

THT juga mendapatka­n masing-masing satu pemain import dari Jerman serta Pakistan dan semua pemain itu hanya akan dapat dikumpulka­n bersama 6 Januari ini.

Pasukan yang memenangi Piala TNB sebanyak empat kali berturut-turut itu juga berjaya mengekalka­n dua beradik, Faizal dan Fitri Saari bersama mereka untuk musim depan.

“Saya tak nafikan THT amat memerlukan Faizal dan Fitri, Tanpa mereka, ia memberi kesukaran kepada kami,” kata Sarjit.

Liga Hoki Malaysia akan bermula dengan saingan merebut Piala Tan Sri P Alagendra yang akan membuka tirainya 3 Januari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia