Harian Metro

Doakan Poad segera sembuh

-

Kuala Lumpur: Jurulatih olahraga negara, Mohd Poad Md Kassim yang bertanggun­gjawab melahirkan generasi baru pelari pecut seperti Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap kini dilaporkan menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Dikhabarka­n jurulatih yang usianya kini mencecah 48 tahun bergelut dengan jangkitan kuman di paru-paru dan sudah dua hari berada di hospital berkenaan bagi menjalani rawatan..

“Cikgu Poad sudah dua hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor,” kata Pengetua Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Suhaimi Sun Abdullah.

“Dia sedang dirawat dan doktor kini menahan beliau untuk rawatan selanjutny­a. Insya-Allah tidak ada apa-apa. Saya doakan agar dia cepat sembuh, dipermudah­kan segala urusan kerana banyak lagi cabaran perlu dipikul tahun depan,” kata Suhaimi ketika dihubungi, semalam.

Merujuk kepada posting yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook milik Badrul Hisyam Abdul Manap, Asnawi Hashim serta Instagram, Khairul Hafiz, semalam, semua atlet itu memohon doa orang ramai agar jurulatih itu cepat sembuh.

“Assalamual­aikum mohon doakan jurulatih saya (Poad) dilindungi dan diberi kesembuhan kembali seperti sedia kala ... hari ini (semalam) doktor nak koma kan dia kerana jangkitan kuman di paru-paru semakin

(gambar)

merebak ... semoga dengan doa tuan-tuan diterima oleh Allah, amin,”.

Sebagai rekod,

Poad adalah guru dari Chabau, Jasin,

Melaka yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Open University Malaysia (OUM).

Antara kejayaanny­a adalah melahirkan pemenang pingat emas acara pecut 100 meter (m) di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Khairul Hafiz.

Poad membentuk The Speedy Jantan untuk menamatkan kemarau emas 14 tahun negara bagi acara riben biru dengan catatan masa 10.38s, sekali gus menewaskan juara edisi lalu dari Filipina, Eric Shauwn Cray yang mencatat 10.43s dan pelari dari

Thailand, Kritsada Namsuwun

(10.43s).

Tahun ini juga,

Poad membantu

Khairul Hafiz memecahkan rekod kebangsaan acara 200m berusia 49 tahun di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 pada 18 Julai dengan kepantasan

20.90s. Ia sekali gus meleburkan rekod lama

20.92s milik Tan

Sri Dr M Jegathesan yang dilakar di Sukan

Olimpik Mexico 1968.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia