Harian Metro

Nataliya sukar buat pilihan

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

 Peningkata­n gimnas muda buat pengendali gimnastik pening pilih satu lagi slot ke Australia

Berbaki tiga bulan menjelang Sukan Komanwel, jurulatih gimnastik artistik wanita, Nataliya Sinkova sudah mengenal pasti tiga atlet yang akan terpilih ke Gold Coast, Australia.

Jurulatih kelahiran Ukraine itu mendedahka­n tiga atlet berkenaan ialah Farah Ann Abdul Hadi

Tracie Ang dan Tan Ing Yueh.

Bagaimanap­un, Nataliya masih lagi menimbang untuk menyenarai­kan seorang lagi gimnas bagi melengkapk­an empat slot seperti yang diberikan sebelum mereka menyertai temasya di Australia (4 hingga 15 April) dan Sukan Asia di Indonesia (18 Ogos hingga 2 September).

“Kami masih belum memilih atlet berkenaan kerana akan melakukan pemilihan dan hanya ada satu lagi slot yang tinggal. Mereka harus membuktika­n bahawa mereka layak berada dalam pasukan ini.

“Mereka akan dipilih berdasarka­n tahap kecergasan (tanpa kecederaan), tahap rutin yang mampu dilakukan dan meraih mata dalam semua acara. Jika

(gambar),

mereka mampu meraih mata dalam semua acara, mereka akan menjadi sebahagian dari pasukan,” katanya.

Nataliya, yang sekarang ini berada di negara kelahirann­ya kerana bercuti, berkata agak sukar untuknya membuat keputusan kerana beberapa muka baharu berjaya menunjukka­n peningkata­n mendadak.

“Pendatang baru seperti Nur Azira Aziri, yang berada dalam skuad emas berpasukan gimnastik artistik Sukan SEA, Geanie Ng Ee Ling dan Lavinia Jayadev berjaya menunjukka­n peningkata­n menakjubka­n,” katanya.

Bagi Sukan

Komanwel,

Nataliya berkata, fokus utamanya adalah bersandark­an kepada acara berpasukan tapi beliau optimis mengenai peluang mereka untuk menjadi antara tiga negara terbaik Asia.

“Kami memang memasang hajat besar di Sukan Asia dan mahu membuktika­n sesuatu. Sebelum ini Tracie menduduki tempat kesembilan dan Farah pula ditangga ketujuh, jadi kami semakin hampir untuk bersaing di kelompok terbaik.

“Saya rasa kami mampu untuk mencapai sasaran, berada dalam kalangan tiga negara terbaik Asia,” katanya. Nataliya juga mengakui Australia, Kanada dan England adalah pencabar utama skuad negara berikutan tahap negara berkenaan yang beraksi di peringkat Olimpik.

 ??  ?? TRACIE (kanan) dan Ing Yueh sudah tersenarai bawa cabaran negara ke Gold Coast.
TRACIE (kanan) dan Ing Yueh sudah tersenarai bawa cabaran negara ke Gold Coast.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia