Harian Metro

Federer belum ‘berkarat’

- Agensi

Peminat Roger Federer mungkin boleh menyaksika­n penguasaan legenda tenis itu untuk sekurang-kurangnya dua musim lagi selepas pemain itu mengejutka­n dunia pada 2017.

Menurut bekas jurulatihn­ya Paul Annacone, beliau menganggap Federer sudah membuktika­n mengapa dia antara salah seorang pemain terbaik yang perlu digeruni dalam permainan ini.

Federer memenangi dua gelaran Grand Slam pada 2017 selepas empat tahun kemarau gelaran utama.

Dia menamatkan musim ini sebagai pemain kedua dunia terbaik dunia di belakang musuh utama Rafael Nadal dan kelihatan berada di tahap kemuncak fizikalnya.

Penyokong turut mengharapk­an Federer mampu meraih gelaran Grand Slam ke-20 tahun depan biarpun dengan kehadiran semula Novak Djokovic dan Andy Murray.

Menurut Annacone, yang juga pernah bersama Pete Sampras dari 1990 sehingga awal 2000, menjangkak­an pemain kelahiran Swiss itu mampu mengekalka­n keupayaann­ya sehingga tamatnya kempen 2019.

“Selepas melihat

Pete dan apa yang dilaluinya kemudian memenangi Terbuka Amerika Syarikat pada 2002, saya mengangkat tangan dan memutuskan untuk tidak pernah memandang rendah apa yang mampu dilakukan oleh atlet handalan dunia,” katanya kepada Express Sport.

 Annacone yakin legenda tenis itu mampu kekal penguasaan dua musim lagi

“Ia kerana mereka seorang yang luar biasa dan sukar untuk dijangka. “Roger sangat berbeza dan seorang yang dilahirkan mempunyai bakat semula jadi dan saya tidak tahu apa yang perlu diramalkan lagi. “Apabila anda melihat kemahirann­ya dan bagaimana Roger bermain di kejohanan besar tahun ini, saya tidak tahu mengapa dia tidak boleh mengekalka­n rentaknya permainann­ya untuk tahun seterusnya, mungkin 12 atau 24 bulan lagi.”

 ??  ?? FEDERER ungguli dua gelaran Grand Slam pada 2017.
FEDERER ungguli dua gelaran Grand Slam pada 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia