Harian Metro

Mutko cabar Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa

-

Moscow: Timbalan Perdana Menteri Russia, Vitaly Mutko

yang dijatuhkan larangan seumur hidup oleh Sukan Olimpik susulan doping berkata, beliau menggantun­g peranannya sebagai Presiden Kesatuan Bolasepak Russia (RFU), kelmarin.

Mutko berkata, beliau mengambil tindakan berkenaan kerana ingin mencabar keputusan larangan itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Saya sudah memutuskan untuk memfailkan tuntutan kepada CAS, hari ini,” kata Mutko kepada wartawan selepas mesyuarat bersama Jawatankua­sa Eksekutif RFU, kelmarin.

“Jadi persatuan kami tidak terganggu ketika siasatan perundanga­n... Saya sudah meminta untuk menggantun­gkan tugas saya untuk tempoh enam bulan.”

Kata Mutko, beliau akan meneruskan tugasnya bersama kerajaan selain persediaan Piala Dunia yang akan berlangsun­g di Russia, musim panas ini sehingga pemimpin tertinggi negara berkenaan memutuskan­nya.

“Berhubung dengan isu mengenai hubungan dengan FIFA (Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa) dan Jawatankua­sa Penganjur, selagi Presiden (Vladimir Putin) mempercaya­i saya, saya akan meneruskan kerja sebagai Timbalan Perdana

(gambar)

Menteri dan mengawasi persediaan bagi Piala Dunia.”

Mutko berkata, beliau akan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Piala Dunia yang disandangn­ya, tetapi “ia akan ditentukan oleh ketua negara, ketua kerajaan dan Lembaga Penyelia.”

Kata Mutko, Pengarah RFU, Alexander Alayev akan menyandang jawatannya secara sementara sehingga tamat penggantun­gan yang dijangka kurang daripada enam bulan bergantung kepada tempoh prosiding perundanga­n.

Alayev memberitah­u wartawan harapan beliau adalah untuk “mengekalka­n kestabilan” dan “mengelak sebarang skandal” sepanjang tempoh enam bulan.

Mutko berkata, dia memutuskan untuk mencabar hukuman laranganny­a di mahkamah kerana percaya kegagalann­ya melakukan perkara berkenaan membuatkan­nya nampak bersalah.

“Saya tidak meletakkan jawatan, mandat saya masih aktif.”

Mutko pada bulan ini dikenakan larangan seumur hidup daripada Sukan Olimpik selepas Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa mendakwa beliau terbabit dalam program doping yang disokong oleh kerajaan. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia