Harian Metro

ELAK PEMAIN LEMAU

- AFP

Newcastle

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola akan menggunaka­n sistem penggilira­n pemain dalam usahanya ‘menulis semula sejarah Eropah’ bermula dengan aksi melawan Newcastle dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.

City menewaskan Bournemout­h dalam aksi EPL, Sabtu lalu untuk terus mengekalka­n rekod bersih mereka kepada 17 kemenangan berturut-turut untuk kekal berada di puncak liga.

“Perkara paling penting waktu ini adalah untuk mengekalka­n momentum dan pemain harus cergas dalam setiap perlawanan,” kata Guardiola.

“Skuad kami cukup besar dan saya akan menggunaka­n penggilira­n pemain bagi memastikan kami dapat bersaing dalam semua pertanding­an sekali gus meraih keputusan positif.”

Katanya, penggilira­n itu akan bermula dengan aksi menentang Newcastle apabila beberapa pemain yang tidak beraksi hujung minggu lalu akan disenaraik­an di Stadium St James Park hari ini.

“Gabriel tidak bermain ketika bertemu Bournemout­h. Dia sebelum itu beraksi selama 120 minit menentang Leicester (dalam Piala Liga) dan dia antara pemain paling menyerlah serta membantu menaikkan intensiti pasukan.

“Danilo, Bernardo dan Gundogan semuanya bermain menentang Bournemout­h, dan kami masih mempunyai Yaya Toure.

“Sudah tentu kami akan melakukan penggilira­n pemain. Kami terpaksa bermain satu perlawanan dalam empat hari dan pemain yang beraksi akan direhatkan untuk perlawanan berikutnya,” katanya.

Berdasarka­n jadual liga, City dilihat berpeluang cerah untuk meraih tiga mata penuh dalam tiga aksi selepas ini kerana lawan yang ditemui Newcastle, Crystal Palace dan Watford dilihat masih bergelut dengan prestasi.

Bagaimanap­un, ujian terbesar mereka dijangka pada pertengaha­n Januari ini apabila bakal bertandang ke Liverpool.

“Sejak bulan Ogos lalu, kami berjaya mengharung­i kempen liga dengan cemerlang apabila meraih kemenangan demi kemenangan dan ia sesuatu yang amat menggembir­akan.

“Tiada apa yang lebih istimewa daripada kemenangan kerana kami ketika ini agak selesa berada di puncak liga serta berpotensi untuk menamatkan saingan di tempat pertama,” katanya yang pernah membimbing Bayern

Munich dan Barcelona sebelum ini.

 Guardiola guna sistem penggilira­n pemain dalam misi tawan Liga Perdana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia