Harian Metro

Reds bawa impian trofi ke musim depan

-

London: Jurgen Klopp menyifatka­n tahun 2017 sebagai tahun yang tidak perlu diragukan terhadap pencapaian Liverpool, namun kelab itu perlu berusaha lebih keras untuk melakarkan lebih banyak kejayaan bagi tempoh 12 bulan akan datang.

The Reds kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara apabila menamatkan saingan di kedudukan tempat keempat Liga Perdana Inggeris musim lalu selain melakar kemenangan play-off ke atas Hoffenheim.

Malah, skuad bimbingan Klopp juga mara ke kelompok 16 terakhir pertembung­an kelab elit Eropah dan akan bertemu menentang FC Porto Februari ini dan mereka perlu memastikan kemenangan jika ingin terus menguasai kelompok teratas saingan itu.

Liverpool akan memulakan babak kedua liga melayan kunjungan Swansea City di Anfield dan pengurus itu perlu menilai sepenuhnya perkembang­an pasukannya sepanjang tahun ini.

“Ia mungkin akan menjadi tahun paling penting kepada kelab. Pasukan dan penyokong perlu bersatu. Kami menyedari betapa pentingnya perkembang­an yang berterusan,” kata Klopp ketika di temu bual dalam program khas ‘This is Anfield’.

“Tiada seorang pun pernah mengakui kalah sehinggala­h loceng penamat dibunyikan namun secara

realistik Manchester City berada di kedudukan terbaik.

“Kami tidak mahu menggunaka­n sebarang alasan untuk tidak mempamerka­n prestasi ke tahap maksimum. Kemenangan amat penting kepada kami semua kerana setiap seorang daripada kami begitu mengambil berat tentang kelab ini.

“Buang segala sikap dan sifat yang buruk ke luar.

“Kami mementingk­an perkembang­an dan pembanguna­n dan cita-cita kami melebihi semuanya.

“Kami perlu mengejar trofi kejuaraan dan impian yang perlu dicapai musim depan. Pasukan dan pemain mempunyai misi penting daripada sekadar berhibur.

“Memang benar kami berkerja setiap hari kerana kami cintakan bola sepak dan kami percaya bermain perlawanan bola sepak adalah satu yang mencabar dan positif. Tapi, itu sebahagian daripada daripada kami semua.” katanya. - Agensi

 ??  ?? KLOPP tekad hadiahkan penyokong Reds trofi musim depan.
KLOPP tekad hadiahkan penyokong Reds trofi musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia