Harian Metro

Tampil aura positif

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Sekali pun FELDA United FC ‘turun pangkat’ ke Liga Perdana musim depan, pemain tengah, Ahmad Syamim Yahya langsung tidak pernah menyesali keputusann­ya untuk berhijrah dari Pahang.

Sebaliknya Syamim berkata pengalaman­nya bersama FELDA sebelum ini mematangka­n dirinya untuk tampil positif dan cuba menghadiah­kan keputusan baik sekali gus cuba mengembali­kan pasukan ke saingan Liga Super musim 2019.

“Tahun pertama saya bersama FELDA United adalah ketika kami beraksi di Liga Perdana dan untuk kali ini, sudah pasti saya tidak rasakan ia satu ‘masalah’ buat saya. Jadi saya akan cuba mengembali­kan FELDA United ke Liga Super.

“Liga Perdana juga menjanjika­n aksi kompetitif. Begitu juga dengan pemain lain, walaupun mereka tahu akan beraksi di Liga Perdana, mereka kekal dengan sikap profesiona­l dan mahu membantu pasukan.

“Pengurusan cukup memahami pemain. Mereka ada beritahu pemain yang kami perlu tunjukkan yang kami sepatutnya layak ke Liga Super,” katanya yang menyertai Pahang musim lalu.

Sebelum ini, Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengambil keputusan menurunkan skuad The Fighters ke Liga Perdana selepas gagal melengkapk­an dokumen pelesenan kelab.

Malah Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 (ABK2017), B Sathianath­an turut memasang impian meneruskan ‘sentuhan emasnya’ dengan membawa FELDA United kembali menyertai saingan Liga Super pada musim 2019.

Mengulas lanjut, Syamim

 Syamim tak kesal sertai FELDA walaupun beraksi di Liga Perdana

akui tidak kekok untuk kembali bersama FELDA United namun harus cepat menyesuaik­an diri dengan pemain baharu termasuk kerjasaman­ya dengan Sathianath­an.

“Ini adalah kali pertama saya berlatih dibawah Sathianath­an tetapi saya tahu dan faham cara kerja beliau. Apa pun, tidak ada beza yang ketara sebab saya sudah biasa dengan keadaan sekeliling dalam pasukan ini.

“Pemain ‘lama’ pun masih ada. Cuma sekarang saya perlu sesuaikan diri dengan pemain, kakitangan pasukan dan juga jurulatih baharu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia