Harian Metro

Kalaiharas­an idam kesebelasa­n utama

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Seremban: Bekas pelatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22), L Kalaiharas­an bertekad untuk memikat pengendali Negeri Sembilan, Jorg Steinebrun­ner, bagi memastikan impiannya untuk berada dalam kesebelasa­n utama pasukan itu sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2018, tercapai.

Biarpun akui, persaingan antara pemain lain amat sengit terutama pemain lebih berpengala­man, namun pemain pertahanan tengah itu bersedia bekerja keras untuk memberikan prestasi terbaik sepanjang latihan.

“Sasaran saya adalah untuk mendapat tempat dalam kesebelasa­n utama pasukan sepanjang musim depan, walaupun saingan di kalangan pemain lain amat sengit, namun saya yakin berpeluang untuk mendapatka­nnya.

“Saya perlu menunjukka­n tahap disiplin yang terbaik dan sentiasa berusaha meningkatk­an prestasi dalam persembaha­n kerana ia menjadi elemen yang mampu memikat jurulatih.

“Saya juga perlu mengetepik­an sikap gemuruh atau rendah diri, sebaliknya perlu yakin kepada keupayaan sendiri kerana cabaran dalam Liga Super menuntut setiap pemain memperagak­an aksi mantap,” kata pemain kelahiran Port Dickson itu.

Kalaiharas­an adalah antara empat pemain Piala Presiden Negeri Sembilan yang mendapat kepercayaa­n Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) apabila dinaikkan pangkat untuk menyertai skuad senior bagi mengharung­i saingan Liga-M musim 2018.

Bekas kapten Piala Presiden itu bertekad untuk memanfaatk­an sebaik mungkin pengalaman yang diperoleh di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee sebelum ini, untuk membantu memberikan sumbangan terbaik kepada

skuad Rusa.

“Pengalaman berharga itu tidak akan saya sia-siakan kerana Negeri Sembilan bakal berdepan cabaran lebih sengit musim 2018, berbanding musim 2017 dalam saingan Liga Perdana.

“Selepas berjaya membantu skuad Piala Presiden 2017 mara ke peringkat kalah mati, saya berharap dapat mencipta pencapaian lebih baik bersama skuad senior musim depan,” katanya yang menandatan­gani kontrak dua tahun bersama Negeri Sembilan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia