Harian Metro

Kelantan uji taring

- Hasbullah Ibrahim sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kelantan bakal menguji kemampuan dalam aksi pramusim menentang Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam ini sebagai persiapan bagi menghadapi saingan Liga Super 2018.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, perlawanan ujian kedua dengan pasukan dari Liga Perdana musim depan itu juga akan membolehka­n jurulatih, Santhit Bensoh menilai prestasi pemain menjelang aksi ketiga berdepan kelab dari Thailand, Januari ini.

Perlawanan ujian pertama membabitka­n pasukan dari Liga FAM, UBES MPKB BRI yang berlangsun­g di padang Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum ini berakhir dengan kemenangan 4-0.

“Perlawanan itu adalah dalam rangka persiapan pramusim sebelum menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal bermula musim depan.

“Setakat ini pasukan sudah menjalani latihan dan sebahagian rancangan awal KAFA bagi memperkuat­kan pasukan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Bibi berkata, skuad The Red Warriors (TRW) itu bakal membawa kesemua pemain termasuk pemain import dalam perlawanan itu.

“Kita bakal menurunkan semua pemain termasuk pemain muda serta import bagi membentuk skuad sebenar sebelum menempuhi saingan liga musim depan.

“Peminat berpeluang menyaksika­n penampilan pertama dua awang import iaitu bekas pemain import UiTM FC kelahiran Korea Selatan, Do Dong Hyun, Cassio Francisco De Jesus dari Brazil walapun tanpa kelibat import dari Senegal, Margaro Lima Gomis yang bercuti sempena perayaan Krismas.

“Walaupun perlawanan pramusim hanya berdepan cabaran membabitka­n pasukan dari liga tempatan, diharap dapat menguji pemain kita selain menentukan barisan pemain yang mampu berganding­an bersama antara mereka dalam pasukan nanti,” katanya.

(gambar kiri)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia