Harian Metro

MU sambar Shahdan

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

 Lengkapkan kuota import ASEAN hadapi saingan liga musim depan

Melaka United (MU) menjalinka­n kerjasama dengan kelab dari Singapura,Tampines Rovers menerusi perjanjian pinjaman pemain tengah skuad terbabit Shahdan Sulaiman bagi mengisi kuota bintang ASEAN pasukan itu bagi menghadapi Liga Super 2018.

Pengurus pasukan MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, kerjasama berkenaan membolehka­n Shahdan mengisi posisi tengah skuad Hang Tuah secara pinjaman untuk tempoh setahun.

Menurutnya, kerjasama positif berkenaan membolehka­n Shahdan menyarung jersi skuad bimbingan jurulatih Eduardo Almeida walaupun pemain terbabit masih memiliki kontrak bersama Tampines Rovers yang bersaing di Liga Singapura (Liga S).

Beliau berkata, kehadiran pemain itu turut menamatkan spekulasi MU yang sebelum ini dikatakan bakal menyenarai­kan pemain dari Indonesia, Myanmar dan Filipina serta dua pemain dari Singapura, Muhammad Hafiz Abu Sujad dan Muhammad Faris Ramli untuk mengisi kuota berkenaan.

“Apa yang pasti Shahdan amat diperlukan untuk mengisi ruang tengah skuad Hijau Putih tambahan pemain lain yang disenarai pendek kebanyakan­nya beraksi di posisi sayap.

“Walaupun pemain yang dikaitkan itu turut mempamerka­n persembaha­n yang efektif serta cemerlang bersama pasukan kebangsaan masing-masing namun posisi Shahdan meletakkan dia menjadi keutamaan Almeida,”katanya.

Mohd Yusoff berkata, dengan pengalaman Shahdan yang memiliki 52 cap bersama pasukan kebangsaan Singapura diyakini mampu bertindak cemerlang membantu kejayaan MU mensasarka­n kedudukan lima terbaik liga dan meraih salah satu piala di pentas Liga Malaysia 2018.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatan­gani kontrak pemain itu di pejabat Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi. Hadir sama Setiausaha Agung MUSA, Noor Azman Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia